Langkau ke kandungan utama

PAS tetap dengan Hudud

Memang cita-cita PAS mendirikan negara Islam. PAS memang berhajat melaksanakan undang-undang hudud. Tiada siapa yang berhak mempertikaikan cita-cita murni PAS itu. Bahkan kena sokong 100%. Ini perintah agama.

Apa nak dihairankan bila Datuk Husam cakap PAS akan melaksanakan undang-undang hudud bila diberi kepercayaan memerintah. Kena faham betul-betullah. Nak laksanakan undang-undang hudud perlu kepada pindagaan perlembagaan. Nak pinda perlembagaan kena dapat sokongan majoriti 2/3 ahli dewan. Maka PAS kenalah dapatkan sokongan itu. Sebelum dapat sokongan, ahli-ahli PAS (dan semua orang Islam, sepatutnya) berusaha dulu meyakinkan orang bukan Islam tentang kebaikan undag-undang jenayah Islam ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ada menyebutkan dalam bukunya Fiqh Aulawiyat mengenai keutamaan penerangan dan tarbiyyah mendahului perlaksanaan syariat Islam.

Semuanya itu memerlukan masa yang panjang. Sekarang ini pun PAS belum cukup berkuasa untuk menjalankan kempen-kempen mengenai kebaikan hudud. Apatah lagi untuk melaksanakannya. Jadi, bila nak dapat? Entahlah. Sebab itu kita gunakan perkataan AKAN. Tidak semestinya selepas pilihanraya ke-13 atau ke-14 nanti. Mungkin masa tu DAP dipimpin oleh cicit kepada Lim Guan Eng. Khairy pun belum tentu ada.

Lama tu. Memanglah. Tapi yang penting wawasan dan perancangan dari sekarang. Seperti orang nak menunaikan fardu haji. Bila dia mula simpan duit di Tabung Haji bukan maknanya esok dia akan berangkat ke Mekah. Mungkin tahun depan. Mungkin juga lima tahun lagi.

Ketika Israel mendirikan negara haram mereka di atas tanah umat Islam Palestin, perancang utama mereka Theodor Herzl sudah lama mati. Tapi tertegaknya negara Israel kerana wawasannya.

Orang Islam khususnya pejuang Islam kena lebih dari itu. Dan inilah wawasan namanya. Mengharapkan suatu hari nanti hudud dapat dilaksanakan di negara kita. Sebelum tarikh itu, masih banyak perkara nak dilakukan. Karpal Singh dan Guan Eng tak payahlah menggelabah. Khairy pulak, awak kan orang Islam?

Pemimpin-pemimpin PAS pun faham perlembagaan la! Kerana fahamlah PAS sanggup tunggu walaupun DUN Kelantan dan Terengganu dah luluskan. Kerana fahamlah PAS tak bergaduh dengan DAP kerana hudud. Kerana fahamlah juga PAS guna perkataan AKAN.

PAS tak pernah buang hudud, cuma tak sebut secara langsung dalam manifesto yang lepas. Tapi PAS tetap akan laksanakan hudud. Bila? Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se