Langkau ke kandungan utama

UMNO kena kuat

Saya bukan ahli UMNO. Bukan juga penyokong UMNO. Justeru saya tidak berminat masuk campur dalam urusan rumahtangga UMNO. Apa saja yang berlaku dalam keluarga UMNO, saya hanya memerhati dari luar termasuklah perkembangan terkini. Itu pun sampai setiap hari didedahkan dengan berita dan cerita UMNO oleh media-media utama negara.

Lama kelamaan saya jadi berminat dan menaruh harapan supaya berlaku sesuatu dalam UMNO. Sebelum ini tidak pernah saya menaruh harapan sebegini. Kamu nak jadi apa pun, apa aku peduli.

Harapan saya, biarlah kali ini ada pertandingan dalam UMNO di semua peringkat dan jawatan. Bermula dari Presiden sehinggalah ke jawatan pemeriksa kira-kira di cawangan. Setakat ini hanya Datuk Seri Najib saja yang dicalonkan untuk jawatan Presiden. Bukan setakat melepasi kuota tapi mendominasinya sekaligus. Ku Li yang menawarkan diri masih belum tercalon. Masih dipinggir hatta oleh UMNO Kelantan. Apa salahnya bahagian-bahagian yang belum bermesyuarat beri peluang kepada kerabat di raja Kelantan tu.

Di peringkat Timbalan Presiden, Datuk Seri Muhyiddin bukan sahaja mendahului calon malah satu-satunya calon yang melepasi kuota setakat ini. Ali Rustam dan Muhammad Taib masih berpeluang. Jawatan-jawatan lain menyaksikan persaingan yang sengit. Naib Presiden dah ada enam calon. Ketua Pemuda ada tiga calon. Ketua Wanita ada dua calon. Lain-lain boleh lihat di sini.

Sejak UMNO menjadi UMNO Baru, sukar kita melihat jawatan-jawatan utama seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita di pertandingkan. Untuk kali ini, saya berharap dapat melihat setiap ahli atau perwakilan diberi peluang dan ruang untuk memilih calon yang mereka yakin dapat mengembalikan kekuatan UMNO. Saya percaya jika pertandingan dalam UMNO dijalankan secara jujur, soal perpecahan, politik wang dan ugutan yang menjadi ketakutan kepada ahli dan pemimpin UMNO tidak akan berlaku. Dengan ini, UMNO akan kembali kuat dan mendapat kepercayaan rakyat.

Mungkin ada yang akan berkata, kalau UMNO dan BN kuat susahlah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang. Lebih baik mereka lemah, kerja jadi lebih mudah. Saya dulu pun beranggapan demikian.

Tetapi, apa 'class' nak lawan orang yang sudah lemah dan sakit pula. Biarlah sama-sama kuat, baru ada cabaran. Salehuddin al Ayyubi pernah menangguh peperangan untuk memberi peluang lawannya, Richard The Lion Heart berubat terlebih dulu. Baru 'gentleman'.

UMNO mesti kembali kuat. Barulah PAS, PKR dan DAP tidak ambil mudah. Sama-sama bekerja kuat. Rakyat akan dapat untung. Lagi pun rakyat kini dikatakan sudah memiliki kematangan berpolitik dan bijak menilai serta memilih. Jadi kita serahkan kepada rakyat untuk memilih pemimpin atau parti yang mereka suka. Semua parti politik hanya perlu menonjolkan kelebihan dan kebaikan sendiri tanpa perlu mengungkit kelemahan pihak lawan. Kalau rakyat dah matang, parti-parti politik perlu lebih matang.

Dalam pilihanraya ke-11 (2004) PAS pernah berangan-angan nak tawan Kedah dengan mengambil kira prestasi BN dalam pilihanraya ke-10 dan dianggap sangat lemah. Siap dengan perancangan nak berarak ke Wisma Negeri lagi. Bila saja keputusan diumumkan, apa jadi. Wisma Negeri entah ke mana, Terengganu pun terlepas tangan dan Kelantan pula tinggal nyawa-nyawa ikan. PKR tinggal satu kerusi di Permatang Pauh.

Sebab itu saya berani kata, kalau UMNO dan BN kuat, PAS dan Pakatan Rakyat juga akan menjadi lebih kuat. Sejarah PRU 11(2004) jangan dibiar ia berulang. Cita-cita perlu direalisasikan. Namun PAS dan Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat UMNO dan BN akan kembali kuat dan sentiasa bersedia menghadapi UMNO dan BN yang kuat.

Satu lagi harapan saya, kalau ditakdirkan UMNO&BN kalah dalam pilihanraya akan datang, janganlah sampai Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3. UMNO&BN mesti menjadi pembangkang yang mampu mengimbangi kuasa kerajaan masa itu. Maka, tidak dapat tidak UMNO mesti kembali kuat untuk menjadi pembangkang yang kuat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se