Langkau ke kandungan utama

Kerana kerja rumah

Seorang guru wanita di Sekolah Menengah Perlis telah menjadi mangsa pukul pelajarnya sendiri. Kekecohan tercetus bila guru tersebut mendenda pelajar terbabit kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Gara-gara kerja rumah.

Guru beri dan suruh pelajar buat kerja rumah. Seorang guru beri satu kerja rumah. Kalau lima guru bermakna lima kerja rumah yang perlu pelajar siapkan dan hantar pada hari esoknya. Pelajar pula dari pagi sampai senja berada di sekolah. Macam-macam aktiviti kena buat. Tuisyen, Ko korikulum, projek dan lain-lain. Waktu malam baru ada di rumah. Homework pulak. Lima ooo!! Badan dah letih. Tension.

Itu belum tension guru. Buku pelajar wajib disemak. Satu kelas 30 orang pelajar = 30 buah buku latihan. Kalau lima kelas?

Tapi ini arahan. Pengetua atau Guru Besar(GB) mengarahkannya. Guru kena sediakan kerja rumah. Itu tanda guru buat kerja. Pelajar kena balik siapkan kerja rumah. Itu tandanya pelajar rajin. Pelajar rajin akan lulus periksa. Pelajar yang lulus periksa ialah pelajar cemerlang. Bila ramai pelajar lulus dan cemerlang, sekolah pun diumumkan sekolah cemerlang. Pengetua/GB sekolah dipuji PPD dan JPN dan rakan-rakan sejawat dari sekolah lain. Kemudian dianugerahi sijil penghargaan.

Bila pelajar tak siapkan kerja rumah, kena marahlah sebab malas. Lagi pun, kalau tak buat kerja rumah, nanti tak faham apa yang cikgu ajar. Tak pandailah. Macam mana nak lulus periksa. Kalau tak lulus periksa, tak cemerlang. Sekolah tak cemerlang. Pengetua/GB dimarahi PPD dan JPN. Dapat label Sekolah Berprestasi Rendah. Tiap-tiap bulan wakil PPD dan JPN datang sekolah untuk pemantauan. Tengok Pengetua/GB buat kerja atau tidak. Guru-guru mengajar atau tidak. Pelajar buat kerja rumah atau tidak.

Cikgu pun bengang kalau kerja rumah yang diberi tidak disiapkan pelajarnya. Kalau tak kena gaya, tangan hinggap ke belakang badan murid.

Pelajar pula bengang kerana kerja rumah yang bertimbun-timbun. Kalau tak siap kerja, belakang tubuh jadi 'punch beg' cikgu. Balasannya, cikgu dimaki hamun. Paling kurang dalam hati saja. Haa, silap hari bulan......... na'uzubillah.

Kalau cikgu tak bagi kerja rumah, Pengetua/GB pula tegur. Macam mana pelajar nak pandai. Macam mana nak lulus periksa. Nanti sekolah tak cemerlang. "Saya kena jawab dengan PPD. Malulah saya." Bimbangnya Pengetua/GB.

"Cikgu kena bagi kerja rumah kat pelajar. Pastikan pelajar buat kerja rumah yang cikgu bagi." Tegas Pengetua/GB dalam satu mesyuarat.

Begitulah, bila kecemerlangan diukur pada peperiksaan.

p/s: maaf! ayat berbelit-belit dan agak bercelaru seperti bercelarunya guru yang menulis posting ini. he... he...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...