Menjadi guru agama@ustaz/ustazah khususnya di sekolah kebangsaan kena banyak mengalah. Ia tidak lain kerana subjek Pendidikan Islam sendiri diletakkan sebagai subjek dalam kelas kedua berbanding subjek teras UPSR. Sering berlaku subjek PAI diketepikan untuk memberi keutamaan kepada subjek lain. Ada guru yang sengaja keluar lambat dari kelas bila mengetahui waktu selepasnya ialah waktu PAI. Tetapi kalau di dalam kelas tersebut ada guru PAI dan waktu mengajarnya dah habis, mereka menunggu di tepi pintu tanpa beri peluang kepada guru agama tersebut menghabiskan P&P yang berbaki sedikit lagi. Pernah satu ketika, murid sedang dinilai pencapaian PAFA mereka, tiba-tiba datang guru BM lalu mengarahkan murid-murid tersebut untuk penilaian lisan. Amboi, betul-betul tak bergunanya subjek agama ni!!! Pada ketika yang lain, guru agama terpaksa bermurah hati 'menyedekahkan' kelasnya kepada guru lain yang mahu menghabiskan sukatan menjelang UPSR. Sebulan sebelum UPSR pula semua murid tahun 6 dihimpunkan dalam dewan untuk dilatih teknik menjawab peperiksaan. Berkorban lagilah subjek PAI. Bila dah habis UPSR dan budak pun dah tak minat nak belajar, waktu itulah guru agama dikembalikan hak mereka untuk bertungkus lumus menghabiskan sukatan. Waktu itu berpeluhlah guru agama@ustaz/ustazah menarik perhatian murid-muridnya kembali belajar pelajaran Pendidikan Agama Islam.
Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...
Ulasan
PPD dan JPN tak ada kerja lain ka??? Selain menyusahkan guru-guru di sekolah.