Langkau ke kandungan utama

PPSMI: Dr.M optimis tapi pelajar yang jadi mangsa

Dr. Mahathir mungkin menjadi orang pertama yang memberi komen tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI sebaik keputusan dibuat mengenainya Rabu lepas.

"Menjejaskan masa depan anak-anak", itu katanya. Tak tahu pula dari mana data yang diperolehi untuk menyokong hujahnya. Sedangkan bukti menunjukkan sebaliknya kerana yang berlaku ialah keciciran yang sangat parah terutamanya di kalangan pelajar-pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Faham konsep tapi tak tahu cara menjawab dalam peperiksaan.

Mungkin ini dapat menunjukkan sikap tergesa-gesa Dr. Mahathir ketika mahu melaksanakan PPSMI, kali ini beliau tergesa-gesa pula mengeluarkan kenyataan. Kalau dulu PPSMI dicadang dan dijalankan tanpa kajian, kali ini beliau mengeluarkan kenyataan tanpa kajian juga.

Dr. Mahathir memang terlalu optimis dengan PPSMI. Tapi optimisnya saja tak cukup kalau sudah jelas dasar ini memangsakan pelajar-pelajar dan masa depan negara.

Sekali lagi saya menyatakan sokongan ke atas keputusan memansuhkan PPSMI. Walaupun mengambil masa tapi sekurang-kurangnya jalan ke arah itu telah bermula.

Ulasan

Na'im Nikmat berkata…
Dimana ketulusan untuk memansuhkan PPSMI jika ia hanya akan dimansuhkan dalam tempoh 3tahun lagi.Adakah tempoh 6tahun pelaksanaan PPSMI yang telah mengaut untung berbilion ini masih tidak cukup untuk kroni-kroni. Adakah tempoh 3tahun ini lagi untuk memastikan kroni-kroni dapat menyapu bersih hasil keuntungan yang langsung tidak menguntungkan anak bangsa. Begitulah lumrah UMNO/BN apabila sesuatu yang dilakukan pasti ada yang terselindung disebaliknya.Mengapa setelah sekian lama mendapat tentangan terhadap PPSMIdari pelbagai sudut dan pelbagai kelemahan yang timbul tiba-tiba UMNO/BN telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan PPSMI.Mengapa ketika hampir berlangsungnya PRK di Manek Urai UMNO/BN tiba-tiba mahu menjadi pembela bahasa jiwa bangsa??Mengapa sekarang??Mengapa Manek Urai yang sebelum ini bagai dianak tiri tiba di anak angkatkan bahkan kini di anak emaskan mengapa?? Jawapannya hanya satu iaitu UMNO/BN mempunyai perangai puak-puak munafik.
Firman ALLAH S.W.T:

(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi.
(Surah At-Taubah ayat 67-69).
Pang5 berkata…
Betul juga. Sekarang prk kat manek urai. Tiba2 buat keputusan mansuh ppsmi. ada kena mengena ke? Setuju dengan saudara Naim.

Azridul, enta tak perasan ka?

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...