Sedikit masa dulu saya ditanya mengenai tindak tanduk beberapa orang yang bergelar Ustaz menggunakan jari telunjuk mereka seperti menulis di muka jenazah yang akan dikafan.
"Apa yang depa tulis?" Tanya seorang sahabat.
"Nampak macam kalimah Allah dan Muhammad." Jawab saya.
"Untuk apa?" Tanya yang lain.
"Entah."
"Ada nas?" Pertanyaan yang menunjukkan keperihatinan.
"Tak ada lah." Kata saya sambil tersenyum. Bahkan banyak lagi amalan-amalan dan tindakan-tindakan masyarakat kita yang tidak berpaksikan kepada al-quran dan sunnah bila berhadapan dengan suasana kematian. Malangnya bila ada pihak yang cuba membetulkan keadaan langsung dituduh mereka dengan bermacam tuduhan.
"Agaknya apa tujuan mereka ya?" Begitulah halnya bila seseorang yang cuba mencari kebenaran. Segala yang dilihat tidak diterima secara membuta tuli.
Namun bagi sesetengah orang, hal yang pelik itu menunjukkan kehandalan seseorang dalam urusan agama. Orang lain tak buat tapi ustaz tu buat. Itu tandanya ketinggian ilmu ustaz. Keilmuan dinilai dengan banyaknya amalan bukannya dinilai dengan neraca al-quran dan as-sunnah.
Sepatutnya ulama yang manjadi pewaris para Nabi mengamalkan apa yang menjadi amalan malah warisan para Nabi sahaja. Amalan dan warisan para Nabi pula sudah tentu dikutip dari khazanah yang sebenarnya iaitu al-quran dan as-sunnah. Banyak atau sedikit bukanlah isu asalkan menepati sunnah. Firman Allah yang bermaksud. “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya”. (Surah al-Isra’: 36).
"Boleh jadi Ustaz-ustaz ni nak tunjuk handal kut supaya orang tengok dia hebat." Kata seorang lagi.
Kalau itu boleh dikatakan sebagai rumusan.

Ulasan