Asal saja ada kematian, cuba perhatikan dalam rumah yang menempatkan jenazah. Tak kiralah jenazah lelaki atau jenazah perempuan. Siapa yang duduk berkerumun dalam rumah kalau tidak kaum hawa. Entah apa yang dibuat dalam rumah pun tak tahu sehingga menyukarkan orang yang nak masuk menziarahi jenazah. Kadang-kadang kita jadi segan nak masuk kerana terpaksa menyelit di celah-celah mereka. Kalau ditegur nanti ditanya kita pula, "kami nak duduk kat mana? Khemah kat luar penuh dengan orang lelaki." Haaa, inilah kerja jiran sekampung. Kalau kenduri boleh pasang tiga empat khemah, situasi macam ni pun kena juga pasang khemah banyak-banyak. Khaskan untuk lelaki dan wanita. Jangan biarkan mereka berhimpun di dalam. Sudahlah menganggu orang nak masuk, bercakap pula bukannya nak tahu tapis.
Tapi, siapa yang nak mulakan? Teringat kata-kata rakan saya, Ustaz Hapidz ketika menjadi pengerusi Badan Khairat Kematian, "kita akan hentikan budaya orang perempuan duduk dalam rumah yang ada jenazah." Sekarang dia bukan lagi pengerusi.
Ulasan