Langkau ke kandungan utama

Tak tuu deh

Tersebutlah kisah seorang pelancong Mat Saleh yang ingin ke Baling. Sampainya di Pulai, dia singgah sebentar di sebuah kedai makan. Sementara menanti kopinya sampai, dia cuba beramah mesra dengan seorang pak cik yang sedang minum di situ.

"Helo Pak Cik, berapa km lagi mahu sampai ke Baling", tanya dia dalam pelat Mat Saleh yang pekat.

Dengan selambanya pak cik itu menjawab, "tak tuu deh."

"What, take two days!" Terbeliak biji mata Mat Saleh itu kerana menyangkakan perjalanan ke Baling masih jauh sehingga memakan masa dua hari perjalanan.

"Thank you, uncle". Kali ini dia tak cakap melayu lagi sambil dibalas pula oleh pakcik tadi dengan mengangkat kening saja.

Mat Saleh itu langsung membatalkan hasratnya kerana tak sanggup mengharungi perjalanan yang sangat panjang ke Baling. Selepas menghabiskan kopinya, dia sekali lagi mendapatkan pak cik itu untuk berjabat tangan sambil hatinya memuji-muji kepandaian orang tua ini berbahasa Inggeris. Sedangkan PPSMI belum lagi diperkenalkan ketika itu.

:: (1) Jarak antara Pulai dan pekan Baling kira-kira 5 km.
(2) "tak tuu deh" maknanya "tak tahu lah" dalam pelat Baling.

Ulasan

Cerita ini banyak versi dan banyak penafsiran.

Yang ini versi mana tak taulah?

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...