Idea Kerajaan Perpaduan seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali hangat diperkatakan. Tidak kurang juga ahli-ahli PAS dan penyokong PR yang cepat melatah tanpa memahami konsep atau maksud sebenar idea yang cuba diketengahkan ini. Lihat saja kepada perbincangan dalam blog Kedahlanie yang sebenarnya bukan suatu perbincangan sebaliknya menjadi medan mengkritik, menghentam dan mencerca Tuan Guru. Kata-kata kesat seperti bodoh, lembab, pengkhianat dan petualang parti ditujukan khusus kepada peribadi yang sepatutnya dihormati selaku pemimpin kepada sebuah jamaah Islam.
Beginikah sikap ahli bagi sebuah jamaah Islam? Di mana silapnya? Kurang tarbiyah atau sebenarnya tidak pernah atau tidak pernah bersedia untuk ditarbiyah? Lalu bersikap biadap terhadap pemimpin dianggap perkara biasa dengan alasan kononnya sayangkan parti. Apakah pemimpin yang seperti Tuan Guru tidak sayang parti? Apakah pemimpin yang berkelulusan Sarjana dalam bidang Politik Islam terlalu bodoh untuk dicerca sedemikian rupa? Kita akui setinggi mana pun jawatan seseorang dan sebanyak mana ilmu sekalipun, manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan berhak ditegur. Tetapi bukan itu caranya!!!

Sebagai pengikut perlu juga membezakan antara menegur dan memberikan ketaatan. Ahli boleh menegur pemimpin dalam lingkungan adab dan akhlak yang terkawal. Tetapi ahli atau pengikut juga wajib memberi ketaatan kepada pemimpin selagi tiada arahan kepada melakukan maksiat. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud, "wajib ke atas setiap orang Islam dengar dan taat sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak disukainya, melainkan ia diperintah supaya melakukan maksiat. Sekiranya diperintah melakukan maksiat maka janganlah dengar dan janganlah taat." (Bukhari-hadis bil.7144 dan Muslim-hadis bil.1839)
Mungkin sebilangan besar ahli tidak suka kepada idea Kerajaan Perpaduan atau sebenarnya tidak memahami konsep Kerajaan Perpaduan dengan menyamakan ia sebagai kerajaan campuran PAS/BN. Namun ia bukanlah satu kemungkaran yang wajib ditentang.
Secara peribadi, saya menghormati kerasionalan pemimpin PR yang lain seperti Lim Guan Eng dan Datin Seri Wan Azizah yang memberi ruang kepada Tuan Guru Haji Hadi untuk memberikan penjelasan sebelum memberikan pandangan mereka tentang idea ini.
Majalah i keluaran Jun ada menyiarkan temuramah bersama Tuan Guru dan turut menyentuh serba ringkas mengenai Kerajaan Perpaduan, perancangan dan kaedah pelaksanaannya.

Ulasan
Lebih lajak dari laju.