Langkau ke kandungan utama

Biadab

Idea Kerajaan Perpaduan seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali hangat diperkatakan. Tidak kurang juga ahli-ahli PAS dan penyokong PR yang cepat melatah tanpa memahami konsep atau maksud sebenar idea yang cuba diketengahkan ini. Lihat saja kepada perbincangan dalam blog Kedahlanie yang sebenarnya bukan suatu perbincangan sebaliknya menjadi medan mengkritik, menghentam dan mencerca Tuan Guru. Kata-kata kesat seperti bodoh, lembab, pengkhianat dan petualang parti ditujukan khusus kepada peribadi yang sepatutnya dihormati selaku pemimpin kepada sebuah jamaah Islam.

Beginikah sikap ahli bagi sebuah jamaah Islam? Di mana silapnya? Kurang tarbiyah atau sebenarnya tidak pernah atau tidak pernah bersedia untuk ditarbiyah? Lalu bersikap biadap terhadap pemimpin dianggap perkara biasa dengan alasan kononnya sayangkan parti. Apakah pemimpin yang seperti Tuan Guru tidak sayang parti? Apakah pemimpin yang berkelulusan Sarjana dalam bidang Politik Islam terlalu bodoh untuk dicerca sedemikian rupa? Kita akui setinggi mana pun jawatan seseorang dan sebanyak mana ilmu sekalipun, manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan berhak ditegur. Tetapi bukan itu caranya!!!

Sebagai pengikut perlu juga membezakan antara menegur dan memberikan ketaatan. Ahli boleh menegur pemimpin dalam lingkungan adab dan akhlak yang terkawal. Tetapi ahli atau pengikut juga wajib memberi ketaatan kepada pemimpin selagi tiada arahan kepada melakukan maksiat. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud, "wajib ke atas setiap orang Islam dengar dan taat sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak disukainya, melainkan ia diperintah supaya melakukan maksiat. Sekiranya diperintah melakukan maksiat maka janganlah dengar dan janganlah taat." (Bukhari-hadis bil.7144 dan Muslim-hadis bil.1839)

Mungkin sebilangan besar ahli tidak suka kepada idea Kerajaan Perpaduan atau sebenarnya tidak memahami konsep Kerajaan Perpaduan dengan menyamakan ia sebagai kerajaan campuran PAS/BN. Namun ia bukanlah satu kemungkaran yang wajib ditentang.

Secara peribadi, saya menghormati kerasionalan pemimpin PR yang lain seperti Lim Guan Eng dan Datin Seri Wan Azizah yang memberi ruang kepada Tuan Guru Haji Hadi untuk memberikan penjelasan sebelum memberikan pandangan mereka tentang idea ini.

Majalah i keluaran Jun ada menyiarkan temuramah bersama Tuan Guru dan turut menyentuh serba ringkas mengenai Kerajaan Perpaduan, perancangan dan kaedah pelaksanaannya.

Ulasan

Na'im Nikmat berkata…
Kebanyakan orang didalam PAS sendiri masih tidak faham konsep 'kerajaan perpaduan' oleh sebab itu TGAH bertindak untuk tidak memperbincangkannya lagi.Oleh itu jgnlah dihangatkan isu ini lagi jika tidak memahami konsep yang pernah datang dari Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.
Pang5 berkata…
Bila aku baca blog tu 2/3 hari lepas, meremang bulu tengkok aku. Terpikiaq jugak aku, depa yg bagi komen tu ahli PAS ka atau pengacau saja?

Lebih lajak dari laju.
Pemuda Salafi berkata…
Itu lah sikap orang2 pas di peringkat bawahan ni, pantang lepa nak bercakap, nak komen itu nak komen ini. Tapi malangnya depa ni suka bercakap benda yang depa sendiri tak faham. Dah tu duk kutip berita kot kedai kopi pulak mana nak dapat penjelasan yang betul. \Aku sedih betul tengok perangai orang2 pas sejak kebelakangan ni. Tu baru menang dua tiga buah negeri kalau menang satu melaysia tak tau la apa nak jadi. emmmmm.....

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se