Langkau ke kandungan utama

UMNO kecewa dengan Tuan Guru Nik Aziz

UMNO kini mula mengalihkan bentuk serangan mereka terhadap PAS dari menyerang secara umum kepada serangan yang ditujukan kepada individu-individu tertentu dalam PAS. Dan individu yang paling kuat menerima kecaman, siapa lagi kalau bukan Mursyidul Am PAS.

Umum mengetahui Tuan Guru merupakan orang yang paling kuat menolak percubaan mewujudkan Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO. Justeru beliau dilihat UMNO sebagai dalang yang menggagalkan percubaan mereka untuk memperdayakan PAS.

Orang awam dapat membaca betapa kecewanya UMNO dengan perkembangan ini. Lalu bertindak menyalahkan Tuan Guru. Lihat saja tuduhan yang dilemparkan kepada Tuan Guru sama ada oleh pimpinan UMNO sendiri atau penulis-penulis upahan mereka dan tidak terkecuali NGO's yang akrab dengan UMNO.

UMNO sedaya upaya mahu menjatuhkan imej Tuan Guru. Apatah lagi dengan perkembangan terkini sempena PRK DUN Manek Urai. UMNO sangat memaklumi bahawa ketokohan Tuan Guru Nik Aziz bukan sahaja dikagumi oleh ahli serta penyokong PAS dan PR sahaja malah peribadinya turut disanjungi oleh orang-orang UMNO. Rakyat Kelantan yang memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya biasanya merujuk kepada rasa kagum mereka terhadap Menteri Besar itu.

Inilah sebenarnya yang diusahakan oleh UMNO/BN. Perancangan mereka untuk menawan undi rakyat di Manek Urai adalah dengan cara memburukkan pemimpin no.1 PAS Kelantan itu dengan harapan rakyat menolak PAS kerana marahkan Nik Aziz. Tetapi mereka lupa dan UMNO sebenarnya mudah lupa. Kejayaan PAS dan PR dalam pilihanraya lalu turut dibantu oleh kejahatan media UMNO/BN. Segala kecaman yang disiarkan oleh media UMNO/BN bakal disambut dengan rasa simpati ke atas Tuan Guru dan membalasnya dengan memberi undi kepada PAS.

Mungkin orang-orang UMNO tidak tahu akan hal ini. Sebenarnya majoriti ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta PR berdiri teguh di belakang Tuan Guru Nik Aziz menolak kewujudan Kerajaan Perpaduan. Kalau mengecam Tuan Guru samalah seperti mengecam ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS. Maka akan bergeloralah perasaan marah rakyat Malaysia terhadap UMNO/BN. Tak percaya? Tengoklah nanti, apa akan jadi pada 14 Julai nanti. Menangislah kau Najib!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...