Anta sokong siapa?
Anta setuju dengan kerajaan perpaduan?
Tidak susah untuk menjawab tetapi sukar untuk mengungkapkan. Takut nanti disalah erti.
Itu semua tak penting. Mereka semua pemimpin kita. Sebarang isu yang berbangkit terutamanya melibatkan kepentingan parti dan ummah pasti akan terlebih dahulu melalui fasa perbincangan sebelum ia diputuskan. Maka kewajipan ahli menerima keputusan pimpinan. Kalau tak setuju juga, mufaraqah sajalah.
Ia tidak juga bererti ahli tidak berhak menyatakan pandangan biarpun sekadar berlegar sekitar kedai-kedai kopi. Namun pastikan setelah ia melalui proses-proses berikut:
1) Menghormati semua pemimpin bermula dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan AJK keseluruhannya tanpa membezakan antara seorang dengan seorang yang lain.
2) Pastikan maklumat-maklumat yang diperolehi benar-benar datangnya dari mulut pimpinan. Bukannya khabar yang ditiup angin dari satu kedai kopi ke satu kedai kopi.
3) Berhati-hati dengan perkhabaran yang diterima dari media milik UMNO/BN yang selama ini tidak pernah menyebelahi dan menguntungkan selain berniat menghancurkan perpaduan PAS dan rakan-rakan.
4) Meyakini bahawa semua pemimpin sangat menyayangi jamaah dan tiada dalam hati mereka niat untuk menghancurkan jamaah.
5) Meyakini kebijaksanaan pucuk pimpinan bagi membincangkan permasalahan ini seterusnya menerima keputusan dengan tekad memelihara kesatuan jamaah.
6) Beri ruang dan peluang untuk pemimpin membuat penjelasan sebelum membuat kritikan terhadap mereka.
7) Pastikan kritikan kita dibuat atas dasar kecintaan kepada Allah, Rasul dan Islam.
Semoga Allah memelihara keutuhan jamaah yang kita sama dokongi ini. Segala kekeliruan yang timbul ini dapat segera dileraikan dan menjadikan setiap ahli lebih matang mendepani cabaran masa depan.
Ulasan