UMNO masih berahi lagi bercakap tentang Kerajaan Perpaduan. Kerana itu dia pernah puji PAS. Katanya, PAS ikhlas. Memang pun, cuma dia baru sedar atau baru nak mengaku.
Sekarang kita nak tengok pula sama ada dia ikhlas atau tidak. Kalau betul-betuk dia mengharapkan wujudnya sebuah Kerajaan Perpaduan kenalah dia buat sesuatu yang orang lain nampak kesungguhan dia.
- Dia kena minta maaf kepada PAS kerana pengkhianatannya ketika bersama dalam BN dulu serta mengaku kesilapan secara terang-terangan.
- Dia kena minta maaf di atas segala kezaliman yang pernah dilakukan dan memohon maaf kepada orang-orang yang pernah dizalimi. Antaranya, mangsa Memali, mangsa ISA, rakyat Kelantan, rakyat Terengganu yang dirampas royalti minyak serta rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sekarang.
- Kembalikan kerajaan Perak kepada pentadbiran Pakatan Rakyat serta mengaku kesilapan yang dilakukan sehingga menyebabkan Perak bercelaru sehingga sekarang.
Sebenarnya banyak lagi. Tapi kalau boleh buat tiga di atas sebagai langkah pertama, sudah dikira ok. Sanggupkah?
Ulasan