Sudah tiga minggu saya melatih pasukan bola sepak sekolah. Dalam tempoh ini juga jam pulang saya ke rumah menghampiri 8 malam. Segala ilmu dan pengalaman selama 13 tahun sebagai jurulatih digunakan sehabis mungkin. Matlamat saya mahu menjadikan pasukan saya kali ini muncul juara peringkat zon.
Setelah tiga minggu, pasukan saya diuji pagi tadi melalui satu perlawanan persahabatan. Ujian itu datangnya pula dari jauh. Datangnya dari Selangor atau lebih tepat dari SK Jalan U3, Subang. Pasukan tersebut dalam rangka lawatan mereka ke Felda Teloi Timur manakala lawatan ke sekolah merupakan salah satu daripada agenda mereka.
Walaupun tidak dibarisi sepenuhnya pemain-pemain yang mewakili sekolah, pasukan bola sepak SK Jalan U3 tetap memberi tentangan sengit. Ia sedikit sebanyak mendedahkan pemain-pemain saya kepada situasi perlawanan sebenar.
Perlawanan berakhir dengan pasukan saya berjaya mengatasi pasukan lawan dengan jaringan 5-2.
Ulasan