Langkau ke kandungan utama

Kesan media sosial ( reaksi dari tulisan “Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan sejarah yang diabaikan”)

Dikatakan bahawa media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam keputusan tiga pilihanraya yang lalu iaitu PRU ‘99, PRU ‘04 dan PRU ‘08. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa jumlah pengguna internet di negara ini meningkat dengan mendadak. Pada tahun 2000, jumlahnya sekitar 3.7 juta sahaja. Namun pada tahun 2008, jumlah itu meningkat kepada 16 juta orang.(Nobisha. 2010. Apa Tunggu Lagi. OASIS BOOK Sdn. Bhd.)

Perkembangan media sosial juga menjadikan pengguna bukan lagi bersifat sehala atau sekadar menjadi pembaca kepada web-web tertentu. Dengan muncul jenama-jenama seperti blog, twitter, facebook, tagged dan sebagainya membolehkan sesiapa saja yang menggunakan internet menulis mengikut kemahuan sendiri. Sama ada berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, aktiviti mahupun meluahkan perasaan geram, marah, sakit hati dan kasih sayang. Semuanya boleh dilakukan disini. Di media sosial.

Saya sama sekali tidak menyangka, salah satu entri di blog yang serba kekurangan ini telah menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati. Tulisan itu pun tidak lebih dari cara saya meluahkan perasaan tidak puas hati akibat mendapat layanan yang kurang memuaskan ketika berurusan dengan pihak tersebut. Sebagai pelanggan yang berhak bersuara lalu menggunakan haknya itu, sebaliknya dilayan seperti orang kampung yang bodoh, wajarlah saya menggunakan sedikit kelebihan yang ada iaitu blog picisan ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Saya tidak mengharapkan ada orang yang membacanya dan mengambil peduli dengannya. Dan sungguh tak disangka entri itu pula yang mendapat jumlah hit tertinggi dan disusuli pula dengan komen-komen pembaca yang menghentam pihak tersebut. Adapun komen-komen itu adalah diluar kawalan saya. Dan sekali lagi, ia adalah cara untuk meluahkan perasaan.

Selepas hampir setahun peristiwa tersebut berlaku dan entri berkaitannya ditulis, saya telah diminta oleh pihak tersebut (itu pun melalui facebook isteri saya) agar memadamnya. Saya sedang mempertimbangkannya. Mereka pernah juga menghubungi saya melalui e-mail dan minta no. phone saya untuk berbincang. Saya hairan, mengapa selepas setahun baru mahu berbincang. Sedangkan saya dan isteri merungut mengenainya pada hari kami berurusan dengan mereka lagi.

Ya, inilah kesan media sosial. 

Akhir sekali saya berharap pihak tersebut dapat menggunakan ruang komen di entri berkaitan untuk menjawab tulisan saya sama ada hendak membuat pembetulan, nak lepas geram atau nak marah sekalipun. Di tepi blog ini juga ada chat box. Tulislah apa saja. Saya tak kisah. Sudah adat blogger, tidak semua tulisannya disukai orang. Blog ini pun bukanlah berpengaruh sangat. Pengikutnya ada 20 orang saja. Jumlah pengunjungnya pula sejak 2008 baru mencecah ke angka 10,000. Tak perlu bimbang dengan blog ini. Cuma yang perlu dibimbangi adalah kesan dari tindakan yang tidak memanusiakan manusia yang lain. Kerana setiap manusia ada hati dan perasaan. Andai terluka beginilah jadinya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...