Langkau ke kandungan utama

Masihkah Ada Sayang?

  

  1. Rasanya ramai yang maklum akan “perang mulut” yang tercetus antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dan mantan PM. Tun Dr.Mahathir. 
  2. Kedua-duanya saling berbalas hujah dan boleh dibaca di blog masing-masing.
  3. Saya tidak bermaksud untuk menyatakan sokongan kepada salah seorang daripada mereka mahupun kepada kedua-duanya.
  4. Baik TG Nik Aziz mahupun Dr.M keduanya mengemukakan hujah yang hebat-hebat, dengan gaya bahasa yang menarik disokong pula dengan petikan ayat al-quran dan hadis.
  5. Kedua-dua pemimpin umat ini juga ada penyokong yang berdiri teguh di belakang mereka. Penyokong-penyokong tersebut pula akan menyokong setiap yang diperkatakan oleh pemimpin kesayangan mereka di samping menghamburkan kritikan dan celaan kepada pihak satu lagi.
  6. Inilah politik Malaysia yang diamalkan oleh sebahagian besar orang politik yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. “Siapa saja ahli parti aku, aku sokong. Betul salah nombor dua.”
  7. Saya pernah menulis mengenai kemelut yang pernah dihadapi oleh sahabat besar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam iaitu Saidina Ali dan Saidina Muawaiyah radiyallahu ‘anhuma. Baca di sini.
  8. Walaupun perang antara keduanya tidak boleh dielakkan, tapi Muawaiyah tetap menghormati Ali sebagai sahabat Nabi yang utama dan lebih baik dari dirinya sendiri.
  9. Pertikaian mereka hanya berkisarkan soal pembunuhan Saidina Usman radiyallahu ‘anhuma. Namun mereka masih saling menghormati dan mencintai. Ini dibuktikan sendiri oleh Allah melalui firmanNYA yang bermaksud, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama(para sahabat) dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud ……” (al-Fath:29)
  10. Persoalannya, antara TG Nik Aziz dan Tun Dr. M pula masihkah ada kasih dan sayang? Demikian juga sesama penyokong keduanya? Atau keduanya sudah tenggelam ke dasar kebencian yang tidak berkesudahan?
  11. Membaca tulisan mereka, masing-masing dilihat hanya saling membela diri dan puak sendiri, saling menyalahkan, saling manghukum, saling mencerca dan mencela.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...