Langkau ke kandungan utama

Susah nak jawab ni!

Dalam kuliah yang lepas di surau al-Muhtadin, saya ditanya tentang sambutan Maulidur Rasul. Sebelum menjawab saya sempat bergurau, “Eh, mana ada saya sentuh tentang Maulid Nabi pun! Susah nak jawab soalan ni.” Memang malam itu saya membaca hadis pertama dari himpunan hadis-hadis Matan Arba’in iaitu hadis Saidina Umar ibn al-Khattab radhiyallahu ‘anhu mengenai niat dalam amalan. Tapi saya ada menyentuh tentang permulaan tahun hijrah yang bermula pada zaman Umar dan kedudukan doa awal dan akhir tahun. Saya turut menegur adat orang melayu ketika bersolat terawih yang memberi gelaran Amirul Mukminin kepada Saidina Abu Bakar. Sedangkan bermulanya gelaran Amirul Mukminin ialah pada zaman Saidina Umar. Maka persoalan sebenarnya yang mahu dibangkitkan ialah asal sambutan Maulidur Rasul.

P1020081 P1020082

Sudah terlalu banyak diperkatakan tentang hal ini. Saya percaya sahabat saya yang bertanya pun arif mengenainya. Mungkin sekadar menghangatkan perbahasan. Bimbang hangatnya nanti sukar dikawal, saya cepat-cepat merendahkan suhunya. Risikonya tinggi jika cuba menyentuh sesuatu yang sudah berakar umbi dalam budaya masyarakat. Saya pun perlahankan rentak.

Sambutan seumpama ini tidak pernah berlaku pada zaman Nabi mahupun pada zaman sahabat, tabi’en dan tabi’u at-tabi’en. Maka sambutannya bukan satu bentuk ibadah. Imam Malik pernah berkata, “apa yang tidak menjadi agama pada zaman Rasulullah, ia juga tidak menjadi agama selepas zaman Baginda.” Kalau sambutannya bukan ibadah, berarak sambil berselawat pun bukan termasuk ibadah. Maknanya kalau tak sambut dan tak berarak pun tidak menjadi hal. Bahkan berarak dan berselawat riuh rendah pada hari tersebut juga tidak menjamin pahala kalau niatnya tertumpu kepada menyambut Maulidur Rasul. Tapi kalau nak berarak juga, silakanlah!

Lebih kurang macam tu lah jawapannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...