Langkau ke kandungan utama

Belajar niat

Asalkan orang itu Muslim, kaki masjid pula, banyak menghadiri majlis-majlis pengajian sudah tentu maklum akan kepentingan niat ke atas ibadah. Semua tahu tanpa niat ibadah tidak sah. Maka niat wajib dipelajari. Sampai ada yang menghafal niat kerana ustaz yang mengajar menyuruh supaya niat dihafal. Maka berbuihlah mulut sang murid menghafal niat. Lagi pun esok ustaz nak dengar hafalan tersebut.

P1000840

Murid hafal niat solat lima waktu. Hafal niat solat sunat. Hafal niat solat jenazah. Hafal niat wuduk. Hafal niat mandi wajib. Mandi wajib pula ada macam-macam. Kalau yang perempuan kena hafal niat mandi wajib kerana haid, nifas dan wiladah. Hafal niat puasa. Hafal niat zakat. Dah tua pun kena hafal lagi. Hafal niat haji.

Kalaulah ada ustaz yang datang bagi kuliah kata tak perlu hafal niat, apa agaknya reaksi orang yang mendengar? Terkejut, tercengang atau ternganga? Saya percaya kalau tak semua pun, pasti ada dua tiga orang yang berasa pelik.

Saya akui niat perlu dipelajari tapi bukan untuk dihafal sama sekali. Malah mempelajarinya juga bukanlah belajar bentuk niat itu tapi belajar dan memahami konsep niat. Masalahnya, ramai yang keliru antara niat dan berkata-kata dalam hati. Sebenarnya yang dihafal itu bukan niat, tetapi ucapan hati.

0015

Niat pada bahasa bererti maksud atau tujuan(القصد). Manakala secara istilahnya bererti kuatnya hati untuk melakukan suatu ibadah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Tempat muncul niat adalah hati. Maka niat adalah perbuatan hati yang tiada kaitan dengan anggota tubuh lain seperti mulut. (Syaikh Muhammad bin Salih al-‘Usaimin, Syarah Hadis Arbai’en: Penjelasan 42 Hadis Terpenting dalam Islam. Edisi Terjemahan)

Dalam kata lain niat akan muncul dengan sendirinya setiap kali seseorang ingin melakukan sesuatu. Contohnya semasa memakai baju, seseorang itu berniat sama ada baju yang dipakai itu untuk pergi ke pejabat, ke masjid atau hendak berjogging. Pernahkah seseorang semasa menyarung bajunya dia berniat dengan berkata dalam hati, “sahaja aku memakai baju kemeja ini untuk pergi bekerja kerana Allah Ta’ala”? Tentu sekali tidak. Namun niat sudah terjadi ketika itu. Demikianlah ketika seseorang mengangkat takbir untuk bersolat, bukankah tujuannya untuk bersolat? Waktunya pula diketahui, maghrib misalnya. Dihadapannya ada Imam yang mengetuai solat berjamaah. Semua itu disedarinya. Dia mengangkat tangan untuk bersolat pada waktu maghrib dan mengikut imam. Maka memadailah itu sebagai niatnya. Hanya orang gila saja buat kerja tanpa niat.

Bagaimana pula dengan lafaz sebelum niat? Insya Allah ada sambungannya. Tunggu selepas kuliah bulan depan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...