- Di antara kemudahan yang kurang menyenangkan kebanyakan para penganut mazhab ialah fatwa mengenai bersolat dengan memakai pakaian yang bernajis.
- Fatwa ini pernah disampaikan oleh sejumlah sahabat dan tabi’in.
- Dari kalangan sahabat ialah Abdullah bin ‘Umar.
- Dari kalangan tabi’in pula: ‘Atha bin Abi Rabah, Sa’id bin al-Musayyab, Thawus, Saalim, Mujaahid, Sya’bi, Ibrahim an- Nakhai’e dan Zuhri.
- Dari kalangan generasi berikutnya, antara lain: Yahya bin Sa’id al-Anshari, al- Hakam, al-Auza’ie, Malik, ishak bin Rahawaih, Abu Tsaur dan Imam Ahmaddalam salah satu dari dua riwayatnya yang lebih sahih.
- Fatwa tersebut ialah, “bahawa seseorang apabila melihat ditubuhnya atau pakaiannya ada najis ketika selesai solat, padahal dirinya tidak mengetahui; atau mengetahui tetapi lupa membersihkannya; atau tidak lupa tetapi tidak sempat menghilangkannya, maka solatnya tetap sah dan tidak perlu mengulanginya.”
- Wallahu a’lam.
Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...
Ulasan