Langkau ke kandungan utama

LAGAK PENJAHAT BOLLYWOOD

Keganasan yang melibatkan petugas-petugas PAS di Bagan Pinang seperti mahu membenarkan kenyataan Presiden UMNO bahawa BN dan UMNO sangat memerlukan kemenangan dalam PRK kali ini. Justeru mereka sanggup membelakangkan soal lain termasuk isu rasuah yang kononnya menjadi agenda utama dalam proses transformasi parti. Malah tidak cukup dengan itu, dengan bermatlamatkan kemenangan, mereka mengupah samseng menyerang petugas-petugas PAS dengan menceroboh bilik gerakan PAS sekaligus membuktikan betapa biadabnya parti yang semakin menghampiri penghujung usianya.

Umum mengetahui, Bagan Pinang asalnya kerusi yang dimiliki UMNO dan BN. Kalah di Bagan Pinang bererti terlepas satu kerusi kepada Pakatan rakyat. Bukan itu saja, ia juga merupakan kesinambungan isyarat-isyarat penolakan terhadap Presiden baru mereka yang turut merangkumi segala janji pembaharuan, dasar, gagasan dan apa saja yang dibawanya.

UMNO dan BN terdesak untuk menang. Mereka akan buat apa saja untuk menang. Setelah gagal dalam percubaan memperdaya pengundi dengan pembohongan Azeez, kali ini mereka bertindak lebih ganas dengan harapan petugas-petugas PAS dan PR akan bertindak balas lalu dijadikan modal untuk media melaporkan kononnya PAS dan PR melakukan keganasan.

Walau apa pun keputusannya nanti, UMNO terus-terusan dipaliti najis rasuah dan imej ganas layaknya penjahat-penjahat dalam filem-filem Bollywood dan Tamil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed