Langkau ke kandungan utama

Mengutip ilmu sesaat sebelum ajal

Ini kisah seorang ulama yang kerana terlalu mencintai ilmu sehingga tidak melepaskan peluang memperolehinya walau di saat ajal semakin mendekat. Beliau yang dimaksudkan ialah Imam Ibn Jarir at-Thabari ( الطبري ).

Abu Jaafar mengisahkan di saat Ibn Jarir sakit, beliau menziarahinya. Di sana Abu Jaafar sempat menunjukkan doa yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Muhammad. Ibn Jarir langsung meminta pen dan kertas untuk menulis doa tersebut.

Ketika itu ada di kalangan kenalan yang menziarahi beliau berkata, "Apakah ketika ini masa yang sesuai?" Beliau menjawab, "Tidak wajar bagi manusia meninggalkan kutipan ilmu sehingga maut menjemputnya." Sesaat kemudian, wafatlah beliau.( كنوز الأجداد. حال :123 ).

Dengan disiplinnya itulah, ketika hayatnya beliau mampu menulis setiap hari sebanyak 14 lembar. Keseluruhannya karya beliau mencecah 358 ribu lembar. Kitab sejarah yang ditulisnya kini dicetak menjadi 10 jilid manakala karya tafsirnya pula mencapai 30 jilid. (Suara Hidayatullah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...