Petang tadi ketika sedang memandu, saya menerima panggilan telefon. Skrin telefon menunjukkan pemanggilnya menggunakan telefon bimbit mama. Mungkin adik-adik, fikir saya. Namun suara yang memanggil benar-benar mengejutkan kerana ia memang mama.
Saya jadi terkejut kerana sepatutnya mama sekarang berada di Tanah Suci bersama baba untuk mengerjakan umrah. Mama dan baba bertolak pada 13hb. yang lalu setelah tertunda dari jadual asalnya pada 10hb. April. Dalam perjalanan mereka akan singgah terlebih dahulu di Syira untuk menziarahi adik saya yang sedang menuntut di sana.
Mungkin juga mama memanggil jauh dari sana. Tetapi suara yang kederangan terasa sangat dekatnya. Setelah beberapa minit berkias akhirnya mama mengaku yang mereka terpaksa pulang mengejut kerana baba dipanggil pulang oleh MB. Mama dan baba hanya sempat menziarahi adik di Syria dan belum melanjutkan perjalanan ke Tanah Suci.
Menurut mama, MB panggil baba pulang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan pada sidang DUN pada 26hb. April nanti. Bimbang kekacauan di Perak berjangkit pula ke Kedah. Saya tidak bertanya banyak kerana memahami situasi terkini politik Kedah. Apatah lagi terdengar cerita yang mengaitkan BN dengan tindakan ADUN Bakar Arang keluar dari PKR. Saya cuma mampu berdoa semoga kerajaan Kedah di bawah teraju Pakatan Rakyat ini dilindungi Allah dari kekacauan oleh tangan-tangan BN yang rakus lagi zalim itu. Dan saya berharap rakyat Kedah yang lain pun turut berdoa sama.
Manakala baba dan mama telah mengambil tindakan yang sangat tepat. Mengerjakan umrah hukumnya sunat sedangkan menyelamatkan sebuah kerajaan yang adil dari gangguan para pelaku kezaliman adalah wajib. Baba benar-benar mempraktikkan apa yang dipelajarinya menerusi kuliah Fiqh Awlawiyyat. Kalau tiada aral baba dan mama dijangka akan ke Tanah Suci semula pada 4hb. Mei nanti. Semoga perjalanan kali ini tiada lagi gangguan.
Ulasan