Langkau ke kandungan utama

Biarlah orang nak berubah

Ucapan Presiden PAS terutamanya ketika membangkitkan konsep Negara Berkebajikan mengundang kritikan negatif dari kalangan pemimpin mahupun ahli, penyokong bahkan penulis-penulis upahan UMNO&BN. PAS dituduh menggadaikan prinsip menegakkan negara Islam. PAS dituduh mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Tak pasti pula bila UMNO menyokong Negara Islam PAS. Setahu saya, ketika DUN Kelantan meluluskan hudud satu ketika dahulu, bermacam-macam kata nista yang keluar dari mulut pemimpin dan ahli UMNO. Sekarang bila PAS tidak lagi berbicara mengenai negara Islam, UMNO pula yang lebih-lebih melatah. Patutnya UMNO bersyukurlah sebab tak ada lagi pihak yang buat benda yang UMNO tak suka dulu.

Sebenarnya, baik pemimpin, ahli mahupun penulis-penulis pencacai UMNO ini tergugat dengan perubahan yang cuba dikemukakan oleh PAS. UMNO bimbang perubahan ini membawa kepada sokongan rakyat kepada PAS.

Dalam politik(politik Malaysia), perubahan tidak boleh berlaku. Berubah bermaksud tidak tetap pendirian. Berubah bermaksud menggadaikan prinsip.

Dunia kini dah banyak berubah. Pendidikan dan pengetahuan berkembang pesat. Tahap pemikiran manusia sudah berkembang. Cara berfikir tidak lagi macam dulu. Segala-galanya berubah. Jadi, di mana salahnya kalau PAS mahu berubah. Perubahan yang cuba dilakukan pula diharap dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Kalau pun UMNO tak nak berubah,jangan pula halang orang lain berubah.  

::Pandangan Dr. Asri mengenai negara kebajikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed