Langkau ke kandungan utama

Solat Subuh hari Jumaat: Sujud tilawah atau tidak?

  1. Diriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam solat subuh, Baginda membaca ayat-ayat yang panjang selepas bacaan fatihah.
  2. Terkadang Baginda membaca surah al-Mukminin, terkadang juga membaca surah at-Takwir atau surah Qaf( riwayat Muslim dalam al-Jami’ Baina as-Shahihain-الجميع بين الصحيحين-)
  3. Baginda juga membaca surah as-Sajdah dalam rakaat pertama dan al-Insaan dalam rakaat kedua dalam solat Subuh pada hari Jumaat.
  4. Kedua-dua surah tersebut dibaca secara penuh, bukan sekerat-kerat.
  5. Saya biasa solat di belakang imam yang membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-A’la(الأعلى) pada rakaat kedua.
  6. Ini berikutan salah faham yang beranggapan keutamaan melakukan sujud sajadah(tilawah) pada setiap pagi Jumaat. Justeru dengan membaca surah berkaitan dan melakukan sujud sajadah?, ia sudah memadai. Rakaat ke dua boleh pilih mana-mana surah ikut kemampuan.
  7. Selain itu, anggapan sesetengah orang bahawa sujud sajadah dilakukan pada setiap solat Subuh hari Jumaat juga bertentangan dengan amalan Rasulullah dan para Salafus Soleh.
  8. Baginda tidak menjadikan bacaan ke dua-dua surah tersebut dan bersujud tilawah sebagai kebiasaan pada setiap solat subuh hari Jumaat. Ada riwayat mengatakan Nabi juga ada membaca surah al-Jumu’ah yang digandingkan dengan surah al-Munafiqun.
  9. Suka saya menyarankan agar kita kembali kepada cara ibadah Nabi. Walaupun ada yang beranggapan dengan tidak bersujud tilawah pada pagi Jumaat akan mengurangi pahala solat, namun saya percaya dengan menyelangi surah-surah selain as-Sajdah dan al-Insaan lebih dekat dengan petunjuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. –Wallahu a’lam.

Ulasan

Iman berkata…
Assalamualaikum.... betul tu, Iman pun ada mendengarnya juga. Jadi, tidak kisah la ia bacaan surah untuk rakaat pertama iaitu, rakaat untuk terus sujud atau pun di panggil sujud sajadah itu?? Terima kasih di atas pengkongsian ilmu ini...
Azridul berkata…
Terima kasih Ustazah. Seronok tulisan yang tak seberapa ini dibaca Ustazah.

Rasanya Ustazah terlebih maklum dari saya dalam hal ini.
Tanpa Nama berkata…
terimah kasih Tuan, Yang masih tak clear kepada kita adakah hadith RasulullahSAW yg di rewatkan ..berkenaan sujud tilawah dalam bacaan surah yg lain dalam waktu solat yg lain seperti Zohor, Isha , Magrib,Bacaan surah yg ada sujudnya yg se lain dari surah Assajadah di subuh jumaat? Mithalnya Imam baca surah Iqrak dalam sembahyang jumaat, sembahyang magrib ,sembahyang Isha???

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...