Langkau ke kandungan utama

Cuti-cuti Langkawi

Akhirnya, hajat saya untuk membawa keluarga ke Pulau Langkawi tertunai sudah. Segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan dari awal hingga akhir. Bukan satu perkara mudah untuk mendapatkan tempahan penginapan di saat-saat akhir terutama di musim cuti sekolah ini. Saya mendapatkan khidmat En. Zubir yang juga YDP PAS Langkawi yang kemudian menghubungkan saya dengan En. Kamal yang bersungguh-sungguh memastikan saya mendapatkan penginapan dan kenderaan sepanjang berada di sana. Atas usaha mereka berdua kami sekeluarga begitu selesa menikmati percutian di pulau pelancongan ini buat kali pertama.

Jeti Kuala Perlis

P1020483P1020485

Atas feri

P1020495P1020499

Sampai di Jeti Kuah

P1020527P1020529

CD Motel, Pantai Cenang

P1020932P1020933P1020605P1020682

Bersiar-siar kawasan sekitar tempat penginapan

P102055501062011192P1020572P1020578P1020649P1020652

Underwater World

010620112210106201119801062011203010620112050106201121201062011213

Makam Mahsuri

P1020704P1020705P1020708P1020716P1020719P1020728

Telaga Air Hangat

02062011238P1020755

Telaga Tujuh

P1020774P1020779P1020782P1020784

Langkawi Cable Car. Naik kereta kabel. Wow, tinggi!

P102080302062011240P1020818P1020827P1020858P1020872

Nak balik dah!

P1020946P1020958

Alhamdulillah, percutian kali ini sangat memuaskan. Anak-anak pun tak berhenti-henti menyatakan rasa seronok. “Insya Allah, kalau ada rezeki kita mai lagi”, kata saya. Anak-anak tersenyum lebar.

Ulasan

Zuwairi Aiman berkata…
Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...