- Alhamdulillah. Tugasan menyampaikan khutbah Jumaat kepada ahli kariah Amanjaya Zon Kenanga dan Zon Mawar dapat dilaksanakan dengan izin Allah.
- Dua minggu lepas saya diminta oleh pengerusi surau al-Muhtadin merangkap AJK Penaja kariah mengambil tanggungjawab ini bagi mewakilli jamaah surau al-Muhtadin.
- Sejak surau al-Muhtadin dibenarkan mengadakan solat Jumaat bermula Mei lalu sementara menantikan masjid yang akan dibina sedikit masa lagi, ini kali pertama giliran saya membaca khutbah.
- Malah ia juga kali pertama bagi saya membaca khutbah pada hari Jumaat sepanjang umur saya yang sudah mencecah 40-an.
- Maka saya perlu membuat persiapan rapi.
- Sepanjang dua minggu saya berusaha menyiapkan teks khutbah.
- Pagi tadi saya membuat semakan terakhir bagi memastikan penyampaian saya benar-benar meninggalkan kesan untuk mereka yang mendengarnya.
- Tidak sekadar itu, saya juga mempersiapkan fizikal dan mental agar lebih bersedia berhadapan dengan audiens yang akan memenuhi setiap inci ruang surau al-Muhtadin.
- Saya berjoging sejauh 4km dan senaman perut dalam tempoh 45 minit untuk menjaga stamina. Mana tahu nanti semput pula atas mimbar.
- Tata rias juga perlu dirapikan. Jambang yang sedia nipis, dinipiskan lagi. Bulu-bulu di muka yang tumbuh meliar dicukur. Muka juga dicuci menggunakan sabun pencuci muka. Tidak lupa memotong kuku yang menjadi kelaziman pada setiap pagi Jumaat.
- Akhir sekali sebelum kaki melangkah keluar, saya memilih jubah potongan ala Sudan berwarna biru air laut untuk disarung ke tubuh.
- Sempat saya menatap penampilan diri di cermin sehingga saya benar-benar yakin dapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.
- Tibalah waktu yang ditunggu. Dengan hati penuh debar kaki saya memijak mimbar. Dan dengan pertolongan Allah segala-galanya berjalan dengan lancar.
- Berulang kali saya berdoa memohon petunjuk selain dipermudahkan urusan yang diamanahkan. Tidak lupa juga doa supaya dicekalkan hati andainya menerima respon dari rakan-rakan.
- Kalau pujian yang datang, saya mohon perlindungan dari perasaan ujub, riak dan sombong. Andai cemuhan yang datang, saya memohon perlindungan dari rasa dukacita, kecewa dan terus mengalah.
Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...
Ulasan