Dari Abu Umamah Al-Bahili Radiallahu 'anhu, ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (ertinya): “Ketika aku tidur, datanglah dua orang pemuda kemudian memegang dhahaya(lengan), membawaku ke satu gunung yang kasar (tidak rata), keduanya berkata, "Naik". Aku katakan, "Aku tidak mampu". Keduanya berkata, 'Kami akan memudahkanmu'. Akupun naik hingga sampai ke puncak gunung, ketika itulah aku mendengar suara yang keras. Akupun bertanya, 'Suara apakah ini?'. Mereka berkata, 'Ini adalah teriakan penghuni neraka'. Kemudian keduanya membawaku, ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki di atas, mulut mereka rabak serta darah mengalir dari mulut mereka. Aku bertanya, 'Siapa mereka?' Keduanya menjawab, 'Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka(masuknya waktu berbuka atau diizin berbuka oleh syarak)” - Riwayat An-Nasa'i dalam Al-Kubra sebagaimana dalam Tuhfatul Asyraf 4/166 dan Ibnu Hibban (no.1800-zawaidnya) dan Al-Hakim 1/430 dari jalan Abdur Rahman bin Yazid bin Jabir, dari Salim bin 'Amir dari Abu Umamah. Sanadnya Sahih
Segelintir ada yang memandang mudah soal meninggalkan puasa. Bagi mereka setiap yang ditinggalkan boleh diganti pada bila-bila masa. Demikian puasa mahupun solat yang ditinggalkan pada waktunya boleh diqada pada masa-masa lain. Sedangkan arahan agama sangat jelas. Puasa dan solat yang ditinggalkan secara sengaja hukumnya haram dan berdosa besar. Manakala dosa besar hanya terampun dengan bertaubat kepada Allah. Dan setiap taubat perlu diiringi dengan penyesalan serta keazaman untuk tidak mengulangi selama-lamanya.
Maka itu, adakah dengan mengharuskan qada bagi puasa atau solat yang ditinggalkan secara sengaja kemudiannya mengulangi semula perbuatan yang sama kerana beranggapan qada dibenarkan boleh melenyapkan dosa yang ditanggung?
Jawabnya, ia tidak semudah itu.
Ulasan