Langkau ke kandungan utama

Bersama YB

Hari Jumaat, 4hb. April 2008, saya berpeluang bersama YB Hj. Abdullah Jusoh, ADUN Pantai Merdeka, melawat kawasannya. Sejak dipilih sebagai ADUN, beliau yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kedah, menjadikan hari minggunya, Jumaat dan Sabtu sebagai hari turun ke kawasannya.

Kesempatan ini saya gunakan untuk meninjau sendiri kehidupan rakyat di kawasan N27 Pantai Merdeka, khususnya di kawasan sekitar pekan Kota Kuala Muda hingga ke kampung-kampung berhampiran Pantai Merdeka. Di samping itu saya dapat melihat dengan lebih dekat kerja-kerja orang politik dalam menunaikan harapan rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil.

9.55am. Bertolak dari rumah YB.

10.30am. Singgah di pejabat PAS kawasan. YB menjadikan pejabat PAS kawasan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pantai Merdeka untuk sementara waktu.

10.50am. Tiba di Perniagaan Annesty Enterprise, sebuah bengkel membaiki enjin bot terletak di sebuah kampung berhampiran Pantai Merdeka. Saya kurang pasti nama kampung tersebut. Pemilik bengkel, En, Md. Isa adalah pimpinan masyarakat kampung tersebut. Meninjau dan beramah mesra keadaan kampung dan penduduknya.




11.15am. Ziarah seorang penduduk kampung tersebut yang sedang terlantar sakit dipercayai menghidap penyakit radang sendi sejak 6 tahun yang lalu. Isteri tidak bekerja. Mempunyai 4 orang anak dan tiga daripadanya sudah bekerja tetapi tiada pendapatan tetap. Sebelum ini beliau hanya mendapat bantuan RM100 Jabatan Kebajikan Masyarakat.





11.50am. Melawat penempatan warga emas Kampung Paya. Terdapat sepuluh buah rumah yang menempatkan warga emas yang menerima bantuan kewangan dari Jabatan Masyarakat. Namun agak menyedihkan kerana penempatan tersebut tiada pengurusan yang bersistematik. Penempatan tersebut jauh dari surau dan masjid, sedang warga-warga emas tersebut menjalani kehidupan sendirian tanpa perhatian khususnya dalam soal-soal ibadah dan pengajian agama.

12.10pm. Menziarahi sebuah keluarga yang baru kematian ahli (isteri) di Kampung Kuala Muda (Kampung Tsunami). Ketika rombongan sampai, jenazah baru selesai dikebumikan. YB mengucapkan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah salah seorang ahli keluarga tersebut.

12.30pm. Menziarahi Sdr. Md Ali, seorang aktivis PAS yang mengalami kemalangan pada 22 Mac yang lalu. Beliau mengalami patah tangan dan kecederaan di kaki. Beliau yang aktif dalam Unit Amal sering diberi kepercayaan mengawal lalu lintas di tempat-tempat ceramah PAS.

1.20pm. Solat Jumaat di Masjid Barakah, Tikam Batu. Sebelum solat, YB diberi kesempatan berucap dan dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberi penduduk. Beliau turut menyentuh serba sedikit soal dasar kerajaan PAS yang ingin membawa kesejahteraan rakyat di dunia dan di akhirat.

2.50pm. Menghadiri jamuan kesyukuran di Purnama Chalet, Pulau Sayak. Penduduk sekitar mengadu masalah bekalan air yang sering terputus-putus sejak 5 tahun yang lalu. Hasil tinjauan saya mendapati kampung tersebut tidak mempunyai tangki besar, sebaliknya menerima air secara terus melalui saliran JKR. Malangnya air tidak sampai ke kampung tersebut kerana keutamaan diberikan kepada kawasan peranginan Pantai Merdeka. Penduduk kampung mengesyaki ada sabotaj untuk menggagalkan pengurusan chalet yang dibangunkan disitu sedang di Pantai Merdeka, chalet dimiliki oleh pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani. Dalam hal ini, saya turut berharap YB baru akan mengambil perhatian serius memandangkan isu ini telah digagal ditangani sebaiknya oleh ex-YB BN yang lalu.



3.30pm. Bergerak keluar dari Kampung Pulau Sayak. Tamat program lawatan sekitar kawasan Kuala Muda hingga ke Pantai Merdeka untuk hari itu.

3.45pm. Singgah sebentar di Pejabat PAS kawasan. Meninjau persiapan menu untuk Majlis Kenduri Kesyukuran PAS Kawasan Sungai Petani pada keesokannya.

4.15pm. Menghadiri majlis kesyukuran di rumah seorang bakal ahli baru PAS di Kampung Tengah, Padang Temusu. AJK surau mengadu tentang keadaan surau yang tidak berpintu menyebabkan haiwan seperti anjing memasukinya. Kami diberitahu pada tahun 2006 permohonan telah diajukan kepada ex-YB disusuli dengan permohonan kedua tahun berikutnya. Namun permohonan mereka tidak dilayan dan langsung tidak dihubungi lagi. Sebelum pulang, YB sempat melihat keadaan surau tersebut.

5.15pm. Bergerak pulang ke rumah. Dalam hati saya berharap semua permasalahan yang dikemukakan akan ditangani secara serius oleh YB dengan penuh keikhlasan. Selain merapatkan diri dengan rakyat ia juga menghampirkan diri dengan Allah. Rakyat sayang, Allah kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla