Langkau ke kandungan utama

Orang Baru.

Syukur, Alhamdulillah! Isteri selamat bersalin pada jam sekitar 12.30am, 29 April seperti yang dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas. Saya hanya mengetahui setelah salah seorang jururawat yang bertugas di bilik bersalin pada ketika itu keluar dan menuliskan namanya di papan kenyataan.

Sebelum itu, isteri telah dimasukkan ke wad sementara menanti waktu untuk bersalin sejak hari Ahad 27 April. Isteri terlebih dahulu diarahkan oleh pihak klinik supaya menghadirkan diri ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada hari tersebut. Patuh kepada arahan dan untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya membawanya ke hospital pada jam2.30 petang. Setelah disahkan masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin, isteri ditahan di wad Kenanga 11, Aras 7, HSAH.

Besoknya, doktor telah memasukkan ubat untuk 'memudahkannya' bersalin. Ketika saya dan anak-anak melawatnya pada jam 5 petang, beliau memberitahu saya sudah mula berasa sakit. Enggan dilihat anak-anak keadaannya ketika itu, saya disuruhnya segera membawa pulang keempat-empat anak kami itu. Selepas bersalam kami meninggalkan wad untuk pulang.

Pada malamnya, selepas menidurkan anak-anak saya sekali ke hospital dan tiba disana kira-kira jam 11.50 malam. Saya terus ke dewan bersalin walaupun tidak pasti sama ada isteri sudah dimasukkan ke situ atau belum. Saya terus menanti sehinggalah saya melihat seorang jururawat keluar menuliskan nama isteri sebagai makluman sudah bersalin. Tasbih, tahmid, takbir dan tahlil saya ucapkan berkali-kali mengiringi rasa syukur. Jam 1.45 pagi, isteri dan baby kami dibawa keluar lalu ditunjukkan kepada saya. Baby perempuan dengan berat 3.49kg.

Isteri kemudian dimasukkan ke wad dan saya sempat mengazankan di telinga anak kami sebagai kewajipan pertama saya kepadanya sebaik meninggalkan alam rahim. Jam 2.15 pagi saya pulang ke rumah dan sebelum tidur saya sujud syukur mengingatkan nikmat Allah yang telah saya kecapi selama ini. Dalam sujud saya berasakan diri begitu hina dan tidak layak menerima nikmat Allah dengan dosa dan kezaliman yang saya lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang lagi maha luas rahmatNya. Cuma kebanyakan manusia sering lalai untuk meletakkan pergantungannya kepada Allah.

Jam 2.00 petang tadi, kedua-duanya telah dibenar pulang. Baru sebentar tadi si kecil menerima tetamu pertama. Datuk, nenek dan dua emak saudara datang melawat. Pertama yang ditanya, 'apa nama?'. Nantilah dulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se