Langkau ke kandungan utama

Perbezaan Tingkatan Manusia

Sebagaimana amal dan hukum mempunyai tingkatan, manusia Islam atau Muslim juga bertingkat-tingkat. Keliru bila kita memperlakukan manusia tanpa melihat perbezaan-perbezaan nyata dalam masyarakat. Dalam masyarakat kita bertemu dengan individu yang awam dan khusus, junior dan senior, lemah dan kuat.

Islam sendiri dapat menerima perbezaan-perbezaan tersebut. Oleh kerana itu kita dapati adanya penggunaan istilah-istilah tertentu dalam ilmu Islam seperti 'azimah(عظيمة), rukhsah(رخصة), 'adil(عاديل), fardu(فرض), sunat(سنة) dan mustahab(مستحاب). Orang-orang dahulu mengatakan, "Kebaikan orang-orang yang baik adalah orang-orang yang dekat dengan Allah".

Allah 'azza wa jalla berfirman (maksudnya), "Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada yang mendahului melakukan kebaikan dengan izin Allah..." (surah Faathir:32)

Dalam ayat ini orang-orang yang menganiayai diri sendiri ialah orang yang lalai terhadap sebahagian kewajipan dan melakukan sebahagian hal yang dilarang. Manakala orang-orang yang pertengahan ialah mereka yang kurang berhati-hati terhadap kewajipan, namun ia tetap meninggalkan perkara-perkara dosa besar.

Sedang mereka yang mendahului berbuat kebaikan(سابق بالخيرت) ialah mereka yang sentiasa merasakan tidak cukup dengan hanya menunaikan perkara-perkara yang wajib sahaja, melainkan menambahkannya lagi dengan amalan sunat lagi digalakkan oleh agama. Manakala dalam perkara yang diharamkan, mereka berusaha menjauhkan diri, bahkan memelihara diri dari perkara-perkara makruh dan syubhat serta meninggalkan sebahagian perkara yang harus kerana khuatir mendorongnya kepada berlebih-lebihan.

Ketiga-tiga kelompok manusia tersebut termasuk mereka yang menzalimi diri sendiri dengan melakukan maksiat, adalah mereka yang digambarkan sebagai kelompok umat yang terpilih dan mewarisi al-quran seperti firman-NYA, "Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami...."(surah Fathir:32)

Justeru janganlah tergesa-gesa dalam menghakimi individu-individu tertentu sehingga dikatakan kepada mereka fasik, zalim malah kafir. Juga jangan mengharapkan semua orang harus menjadi kelompok yang cepat melakukan kebaikan.

Di kalangan orang-orang Islam, ada yang mempunyai semangat meluap-luap dan emosi keimanan yang sensitif sehingga mereka dengan mudah menuduh orang lain sebagai fasiq dan bersikap memusuhi hanya kerana orang itu kelihatan melakukan dosa kecil atau mengerjakan sebahagian hal yang tergolong mutasyabihat. Padahal dalam perkara mutasyabihat, para ulama berbeza pendapat mengenai status hukumnya. Dan lagi perkara tersebut tidak sampai pada tingkatan haram secara pasti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...