Langkau ke kandungan utama

Beri mereka ruang

40 orang ulama masuk UMNO. Kurang 60 dari dari 100 yang disasarkan. Manakala spekulasi yang turut mengaitkan Dr. Asri pun nampaknya tidak menjadi. Kenyataannya yang terbaru beliau belum bercadang menyertai mana-mana parti politik.

Ada pula pihak yang mempersoalkan adakah mereka ini benar-benar ulama. Pada pandangan saya, mereka adalah ulama. Saya mengenal mereka sebagai ulama dan pernah mendapat manfaat ilmu dan fikrah mereka. Saya senang mengikuti program keilmuan yang mereka terlibat di dalamnya. Pernah beberapa kali saya mengikutinya terutama majlis Konvensyen Sunnah yang saban tahun diadakan di Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam.

Biarpun kecewa kerana mereka memilih UMNO saya tetap menghormati keputusan guru-guru saya ini. Seperti kata jurucakap kumpulan 40 ulama ini, mereka dijanjikan ruang berdakwah dalam UMNO. Mereka masuk UMNO bukan kerana cita-cita politik sebaliknya didorong hasrat mahu berdakwah di dalamnya. Doa saya agar mereka berjaya dalam misi kali ini. Mungkin ini ijtihad mereka, siapa tahu? Kesudahannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Saya fikir PAS tak perlu bimbang dengan perkembangan ini. Kalau misi dakwah ini berjaya, siapa yang untung? Bukan UMNO, bukan PAS, bukan PKR, bukan BN dan bukan Pakatan Rakyat. Untungnya pada Islam dan umatnya. Justeru beri ruang kepada kumpulan ulama muda ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...