Alhamdulillah. Ucapan syukur saya tatkala mendengar berita pembebasan 12 rakyat Malaysia dan lainnya yang menjadi tawanan komando Israel baru-baru ini. Saya menganggap mereka adalah pejuang walaupun kehadiran mereka sekadar menyempurnakan satu misi kemanusiaan menolong rakyat Palestin yang tertindas selama enam dekad. Seperti kata Ashwad Ismail, mereka diperlakukan dengan kasar meskipun mereka hanya orang awam.
Kehadiran mereka walaupun sebagai peserta misi bantuan antarabangsa, namun hakikatnya mereka menyedari risiko yang bakal ditanggung. Ada di antara mereka yang siap meninggalkan pesanan, meminta ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga di samping mengingatkan tentang kemungkinan-kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Dengan segala kemungkinan tersebut, mereka harungi juga perjalanan penuh liku lantaran rasa cinta kepada saudara seagama dan seakidah yang sekian lama menderita. Dan lebih dari itu mereka ada sifat yang sangat disukai agama iaitu BERANI kerana benar.
Kalau saya, memang tak berani. Itulah bezanya saya dengan mereka. Mereka adalah pejaung.

Ulasan