Langkau ke kandungan utama

Bukan rezeki lagi

Ketika ini para pemimpin dan ahli PAS dari seluruh negara berpusu-pusu ke Kelantan. Esoknya mereka akan berhimpun di Kota Bharu atau lebih tepatnya di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan yang letaknya di Pengkalan Chepa untuk mengikuti perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-56. Malah sebahagiannya pun telah berada di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak kelmarin lagi untuk mengikuti Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Dan saya pula, mungkin bukan rezekinya lagi.

Mulanya saya dipelawa oleh ayahanda YB Tn. Hj. Abdullah (ADUN Pantai Merdeka) menyertai rombongannya merangkap sebagai pemandu. Kebetulan ketika pelawaan dibuat, saya dalam perjalanan bersama rombongan sekolah ke Cameron Highland. "Insya Allah", janji saya.



Maklumlah, selepas digugurkan dari jawatan EXCO, drebar pun dah lari buka kedai makan di UK. Ulu Kelang lah! Dengar kata maju pula tu. Jadi, terpaksalah minta tolong pemandu sambilan. Ada dua orang pemandu sambilan dalam senarai. Pertama saya dan kedua menantu YB. Sudah bukan rezeki agaknya, drebar asal berjanji akan balik untuk bawa YB ke sana. Sebenarnya dia pun bukan orang lain dengan YB. Anak nombor empat. Jam 10 tadi mereka berangkat. Semoga selamat dalam perjalanan, dipermudahkan Allah dalam semua urusan dan perjalanan mereka diterima Allah sebagai jihad fi sabilillah. Dan selamat bermuktamar kepada para pimpinan, perwakilan dan pemerhati.



Ada pun Pengkalan Chepa bukanlah asing bagi saya. Antara tahun 1993 hingga 1995 saya merupakan guru pelatih di Maktab Perguruan Kota Bharu. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan PUTIK dan dipisahkan dengan sebatang jalan sahaja. Begitulah yang saya lihat ketika mengunjungi PUTIK sempena sambutan Jubli Emas PAS pada tahun 2001. Sudah sembilan tahun, tak pasti pula keadaan terkini. Saya rindu ke sana. Rindukan Pengkalan Chepa dan rindukan MPKB. Banyak kenangan di sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed