Langkau ke kandungan utama

Salah ibu mengajar

"Jom balik. Sembahyang di rumah pun sah!" Panggil salah seorang waris yang sedang menunggu untuk mengambil anaknya dari sekolah. Sedang si ibu sangat maklum tentang jadual solat zohor berjamaah puteranya. Bimbang ditinggalkan, terpaksa pula berjalan kaki, maka pulanglah si anak membonceng motosikal bersama ibunya. Pulanglah dia dan solatlah dia di rumah kerana ibunya mengajar "sembahyang di rumah pun sah."

Anak ini pula bila dewasa berkemungkinan akan terus berpegang dengan ajaran ibunya "sembahyang di rumah pun sah." Tidak mustahil malah menjadi pegangan sekian banyaknya manusia muslim hari ini. Lihatlah masjid-masjid dan surau-surau yang kosong. Berbanding dengan jumlah penduduk, tidak sepatutnya ada satu atau dua saf saja. Mana yang lain? Di mana lagi kalau tidak di rumah. Mereka bersolat juga kerana "sembahyang di rumah pun sah."

Di masjid dan surau, tuan-tuan guru dan ustaz-ustaz mengajar tentang kelebihan solat jamaah, mengingatkan tentang Rasulullah yang tak pernah solat fardu tanpa berjamaah dan menyampaikan ancaman Rasulullah ke atas orang yang tidak bersolat jamaah. Para pengunjung masjid dan surau mendapat tambahan ilmu yang menguatkan keyakinan betapa perlunya solat didirikan secara berjamaah.

Sedang mereka yang tidak ada hati dan perasaan ke masjid, kosong dengan ilmu dan maklumat baru dan berterusan selesa dengan "sembahyang di rumah pun sah."

Kali ini bukan lagi salah ibu mengandung tapi salah ibu mengajar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...