Langkau ke kandungan utama

UMNO dapat bantuan JPN pula

Pagi tadi saya ke Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) cawangan Sungai Petani untuk mengambil MyKad anak. Sambil beratur untuk mendapatkan nombor giliran, saya terbaca satu notis yang dilekatkan di kaunter. Secara ringkasnya notis tersebut menyatakan, "sesiapa yang kehilangan MyKad kerana tercicir boleh mendapatkan surat sokongan dari Pejabat UMNO (terletak di atas Restoran Nasi Kandar Pelita) untuk potongan separuh bayaran". Begitulah lebih kurang maksudnya walaupun ayatnya tidak seperti tertulis di notis.

Bagi orang-orang yang peka seperti saya, tentulah tertanya-tanya, apakah hubungan UMNO dengan JPN sehingga melayakkannya mengeluarkan surat sokongan. UMNO hanya sebuah parti politik sedangkan JPN sebuah jabatan kerajaan.

Soalnya lagi, kalau UMNO boleh keluarkan surat sokongan, kenapa PAS tak boleh? Selain itu saya berpendapat pihak yang paling layak mengeluarkan surat sokongan ialah Masjid Muzaffar Syah selaku masjid utama daerah. Dan kalau masjid boleh, persatuan-persatuan yang berteraskan keagamaan seperti Buddhist, Hindu, Kristian dan lain-lain patut diberi keistimewaan yang sama. Sekurang-kurangnya mereka boleh membantu tanpa mengira fahaman politik. Sepatutnya juga keistimewaan ini diberi kepada Ahli Parlimen atau ADUN. Atau kepada Pengurus atau Pengarah jabatan-jabaran kerajaan seperti hospital, JPJ, INTAN Wilayah Utara, Imigresen, Kastam dan lain-lain. Atau kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Guru Besar, Pengetua, Ketua Polis Daerah, Imam Masjid dan Penghulu. Pendek kata, diberi kepada individu-individu yang yang menjadi pemimpin berbagai peringkat. Tapi kenapa UMNO saja?

Berdasarkan rekod lampau UMNO, sesiapa yang mahu mendapatkan bantuan mereka perlu menjadi ahli atau mengisi borang ahli. Nampaknya kali ini, UMNO menambah peluang mencari ahli baru dengan kerjasama JPN pula. Ohh, mungkin kali ini tidak lagi? Tapi JPN tetap dilihat sebagai menolong UMNO menonjolkan kelebihan parti itu.

Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa? Saya benci penyalahgunaan kuasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam golo

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha