Langkau ke kandungan utama

Lebih lajak dari laju

Berikutan kenyataan Dr. Asri akan masuk UMNO bersama-sama 100 lagi ulama, ramai yang ternanti-nanti kenyataan tekini bekas Mufti Perlis itu. Sementara menantikan pengumumannya, banyak pihak lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat. Namun tidak kurang juga yang awal-awal lagi dah hentam tokoh yang dianggap kontroversi itu. Mungkin kerana dendam lama agaknya.

Ada bloggers yang menulis kalau Dr. Asri nak masuk UMNO pun tak apa. Baca di sini. Ada pula yang kata, tak hairanlah kalau Dr. Asri nak masuk UMNO sebab dia pernah jadi Mufti Perlis. Baca di sini. Tak tahu pula apa kaitan jadi Mufti Perlis dengan masuk UMNO. Kalau macam saya yang kerja dengan kerajaan persekutuan, kena sokong dan reda dengan UMNO juga kah? Tak sangka ada ahli PAS yang berfikiran macam itu.

Dr. Asri tak pernah pula keluarkan kenyataan nak masuk UMNO. Laporan menyatakan beliau ditawarkan untuk menyertai UMNO. Dan belum ada kenyataan sahih darinya tentang keputusan yang bakal dibuat.

Nampaknya ada orang yang 'lebih lajak dari laju.' Cepat melatah. Ehh.. bukan cepat melatah tapi SUKA melatah. Belum apa-apa dah melompat. Orang Kedah kata menikuih(menikus). He.. he..

Sabarlah dulu. Kalau kena kat diri sendiri, bukan main lagi baca ayat ke-6 Surah al-Hujurat, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Nanti bila dia dah buat keputusan, nak kata apa pun, katalah! Kalau dah nak lepas geram sangat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...