Langkau ke kandungan utama

Matapelajaran Kelas Dua

Semalam baru belajar, hari ini dah lupa. Alahai, apa nak dikata! Bengang pun ada dengan bebudak 6A ni. Baru semalam diajar tajuk 'Syirik'. Sudah diterang erti syirik, dalil wajib menjauhi perbuatan syirik, hukumnya dan contohnya, kemudian bersoal jawab lagi.

Hari ini bila diedarkan lembaran kerja sebagai latihan untuk tajuk yang sama, masing-masing tersengih dan tak dapat menjawab. Mana tak bengangnya? Kalau kelas belakang-belakang boleh juga dimaafkan, ini kelas A.

Alahai, apa nak dikata? Memang tak boleh salahkan mereka juga. Dekat-dekat nak UPSR memang macam ni. Tumpuan terarah kepada peperiksaan yang kononnya menentukan masa depan mereka. Itu yang dijanjikan oleh cikgu-cikgu UPSR. Macamlah dapat 5A boleh jadi doktor. Pendidikan Islam dah jadi matapelajaran kelas ke-2. Bukan PAI saja, malah subjek selain subjek teras (BM, BI, M3 dan Sains), langsung diketepikan dan menjadi matapelajaran kelas ke-2 atau mungkin kelas ke-3.

Masuk pula mesyuarat khas Hari Anugerah Cemerlang. Ditentukan kategori-kategori yang layak menerima hadiah. Antaranya hadiah untuk pencapaian terbaik matapelajaran. Akhirnya Guru Besar memutuskan, subjek yang diambil kira ialah subjek teras dan ditambah subjek PAI. Lain-lain subjek tak masuk dalam senarai. Sekali lagi ada subjek kelas 1 dan kelas 2. Masa belajar dan masa peperiksaan tak ada pula subjek yang terkecuali.

Seolah-olah selain subjek teras, belajar atau tidak, sama saja. Periksa atau tidak, sama saja. Lulus atau gagal, sama saja.

Selepas didesak berkali-kali dan diberitahu rasionalnya, akhirnya Guru Besar bersetuju untuk masukkan subjek Bahasa Arab dalam senarai. Dia tak sedar agaknya Bahasa Arab termasuk dalam program j-QAF yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah. Termasuk juga di dalamnya subjek Jawi. Tapi Jawi kekal sebagai subjek kelas ke-3.

Mengapa ini boleh terjadi? Mengapa ada minda pengkelasan matapelaran teras dan bukan teras? Ada pelajaran yang penting dan ada yang kurang penting atau tidak penting. Bukankah semua matapelajaran adalah menjadi kewajipan guru untuk mengajarnya.

Semua ini kerana UPSR.

UPSR menyebabkan wujudnya matapelajaran kelas ke-2 dan kelas ke-3.

Sokong mansuhkan UPSR!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...