Langkau ke kandungan utama

Bagaimana kalau tak solat langsung?

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar radiyallahu 'anhuma bahawa pada satu hari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menyebut tentang solat lalu Baginda bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa memeliharanya, ia pun mendapat cahaya, bukti, dan keselamatan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak memeliharanya, ia tidak akan mendapat cahaya, bukti dan keselamatan. Dan pada hari kiamat ia akan bersama-sama dengan Qarun, Fira'un, Haaman dan Ubay bin Khalaf." Riwayat Imam Ahmad. Berkata al-Haitsami, para perawinya tsiqah(dipercayai).

Berkata Ibn al-Qayyim rahimahullah, "Barangsiapa disibukkan dengan kekuasaannya sehingga meninggalkan solat, ia dihimpun bersama Fira'un. Barangsiapa disibukkan dengan hartanya sehingga meninggalkan solat, ia dihimpun bersama Qarun, dan barangsiapa yang disibukkan dengan perniagaannya sehingga meninggalkan solat, ia dihimpun bersama Ubay bin Khalaf."

Dalam hadis di atas, Baginda bersabda perihal manusia yang tidak memelihara solatnya sehingga diancam untuk dihimpunkan bersama-sama orang-orang kafir lagi sombong itu, sedangkan mereka termasuk penghuni neraka yang sangat dahsyat siksaannya.

Kalau tidak memelihara solat saja begitu sekali keadaannya, bagaimana pula dengan orang yang langsung meninggalkan ruku' dan sujud kepada Allah?

Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, "Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sia-sialah amalannya." Riwayat Ahmad, Bukhari dan Nasaai. Hanya dengan meninggalkan satu solat segala amal menjadi sia-sia, justeru bagaimana pula amal mereka yang tidak pernah mengerjakan seluruh solatnya?

Al-Quran menceritakan sifat kaum munafik apabila hendak mengerjakan solat, mereka bangun dan berdiri dengan malas. Maka, bagaimana halnya orang yang tidak pernah bangun untuk bersolat dalam apa keadaan sekalipun? Apa lagi yang lebih teruk dari munafik kalau bukan ???? Na'uzubillah.

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, kami dahulu tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendirikan solat......." (al-Muddatstsir:6)

Ulasan

شاح اندرني berkata…
As solah tu Emadduddin..

"Solat itu tiang kepada paksi agama" Siapa yang mengerjakan solat maka ia membina tiang agama dan siapa meninggalkan solat bererti dia merobohkan tiang agama..
Azridul berkata…
Terima kasih sdr Shah.

Masalahnya orang-orang yang tak solat ni tak ada rasa susah hati langsung. Kita yang tengok mereka tak solat pula yang rasa susah hati. Lebih-lebih lagi kalau ada hubungan saudara dengan kita. Nak tegur cara 'direct' takut terguris hati, dah berkias, dia buat tak faham pulak.

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...