Sejak akhir-akhir ini Tuan Guru Nik Aziz begitu diserang keliling pinggang lewat doa yang ditujukan khas untuk PM, Datuk Seri Najib. Bukan sebarang doa hingga banyak pihak terpanggil melemparkan pandangan. Lalu ada yang menyokong dan tak kurang yang menempelak. Dan seperti biasa baik pihak yang menyokong atau yang membantah, kedua-duanya menjadikan media utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan lain-lain sebagai sumber berita. Berapa kerat yang mendengar secara terus dari mulut Tuan Guru lafaz doa yang dibacanya?
Dalam kesungguhan membincangkan doa Tuan Guru, isu sebenar yang mencetuskan doa diketepikan. Tumpuan dilarikan daripada membincangkan isu royalti minyak. Sementara ahli-ahli dan penyokong PAS khususnya akan terus meragui ketelusan Datuk Seri Najib menangani soal ini. Sementelahan lagi sejak 20 tahun Kelantan di perintah PAS, kerajaan sebenar pilihan rakyat ini acapkali dinafikan haknya selaku kerajaan yang sah. Segala peruntukan disalurkan melalui jabatan yang ditubuhkan khas mewakili kerajaan pusat dan pastinya mereka yang memenuhi kerusi-kerusi jabatan tersebut terdiri dari orang-orang PM.
Justeru bukanlah suatu yang pelik andai soal wang ehsan @ royalti turut mengundang curiga rakyat. Siapakah yang boleh melupai sandiwara Dr.M ketika menarik royalti minyak di Terengganu serta merta sebaik kuasa politik beralih ke tangan PAS dan Barisan Alternatif. Tiada bezanya Dr. M atau Datuk Seri Najib kerana keduanya dari satu kapal. Nakhoda saja bertukar tapi haluannya masih sama. Kelihatannya seperti media sedang cuba mengalih perhatian dari isu yang sebenarnya dengan harapan rakyat berterusan mencerca MB Kelantan itu daripada mempedulikan soal keadilan kerajaan pusat.
Berbalik kepada isi kandungan doa yang mengundang bantahan di samping sokongan yang tidak juga sedikit. Mereka yang menyokong mengambil dalil dari doa Rasulullah memohon kebinasaan kaum kafir Quraisy. Sebaliknya dalil tersebut dijawab dengan mengambil kira doa tersebut ditujukan kepada mereka yang terbukti kafir sedangkan individu yang disasarkan dalam doa ini pula seorang yang beriman. Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak tahu isi kandungan doa yang sebenarnya untuk saya mengulas lebih lanjut.
Saya sekadar ingin katakan tentang amalan doa secara khusus. Doa disifatkan sebagai senjata orang mukmin. Semestinya doa juga bukanlah hak milik individu tertentu sehingga ada orang yang dilarang sama sekali berdoa. Siapa sahaja boleh berdoa malah orang bukan Islam pun turut berdoa memohon dari Allah Yang Maha Pencipta. Maka dengan itu, jika Tuan Guru Nik Aziz berdoa, mengapa Datuk Seri Najib tidak mempertahankannya dengan doa juga? Mengapa mesti takut dengan doa Tuan Guru kalau diri tidak bersalah?
Atau ada yang terfikir ALLAH tidak tahu menahu tentang siapa salah dan siapa yang benar. Atau ada yang terfikir kalau kedua-dua mereka berdoa, maka Allah akan confuse? Atau ada yang terfikir Allah hanya menerima doa dari seorang yang bergelar tuan guru sahaja dan boleh pula berbahasa Arab? Jangan lupa, doa orang yang dizalimi juga tiada hijab antaranya dengan Allah tanpa mengira siapa orang itu hatta orang kafir sekalipun. Atau itu yang sebenarnya ditakuti?
Rasanya tidak salah kalau saya mencadangkan supaya Datuk Seri Najib juga mengambil pendekatan berdoa memohon perlindungan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Asalkan doa yang dilafazkan itu ikhlas, dalam bahasa apa pun diharuskan. Doa lawan doa.

Ulasan
Kalau macam nilah biar Nik Aziz je jadi PM...