Langkau ke kandungan utama

Khabar apa agaknya?

Rasanya menanti keputusan PRK Manek Urai tidaklah sedebar menanti keputusan PRK Bukit Selambau yang lalu. Mungkin memandangkan keutuhan kuasa politik Pakatan Rakyat di Kelantan tidak akan terjejas biar apa juga keputusan yang berlaku. Lagi pun sikap politik rakyat Kelantan yang memang diketahui dengan pragmatiknya boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Pemikiran politik rakyat Kelantan jauh agak berbeza dengan tempat-tempat lain. Hari ini mereka memenangkan orang lain tapi di lain hari mereka boleh memberikan kemenangan kepada pihak lain pula. Seperkara lagi Manek Urai pernah beralih tangan kepada BN dalam pilihanraya umum 2004. Justeru apa yang bakal terjadi malam ini tidak menghairankan.

Ada kemungkinan rakyat Kelantan mahu menuntut sesuatu dari kerajaan mereka lalu pilihanraya kecil dijadikan medan berbuat demikian. Bagi mereka siapa yang menang atau kalah tidak menjejaskan kerajaan negeri. Kalau PAS menang dengan majoriti kecil pun, menang juga. Asalkan menang.

Orang PAS jangan pula tenggelam punca dengan keputusan yang bakal diumumkan nanti. Orang UMNO pun janganlah seronok sangat. Macam-macam dah dilambakkan di sana, kalau setakat mengurangkan majoriti memang tak berbaloi.

Ulasan

Pang5 berkata…
Azridul menulis,

"Orang UMNO pun janganlah seronok sangat. Macam-macam dah dilambakkan di sana, kalau setakat mengurangkan majoriti memang tak berbaloi"

Kurang banyak oooo!65 undi. Tak berbaloi lagi?
Man Kati berkata…
UMNO: Kita berjaya mengurangkan undi PAS. ini menunjukkan rakyat di Manek Urai sudah mula menerima kita.

Pengundi: Hurey! Bila kami boleh dapat jambatan baru.

UMNO: Minta maaf. Sebab kami kalah di Manek Urai.

Pengundi(heran): Tadi kata berjaya, lepas tu kata kalah pula. Yang mana satu ni?

Nak berbelit apa lagi. Kalau dah kalah tu kalah la.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se