Sementara suasana politik di luar sana sangat caca merba, saya mengalih perhatian dengan melatih dan membentuk pasukan bola sepak sekolah. Dengan bantuan Cikgu Z (adiknya salah seorang finalist Gadis Melayu) kami berjaya mengesan 16 pemain yang bakal menggalas cabaran. Tujuan asalnya sekadar melayan pelawaan teman lama untuk berlawan secara persahabatan dengan sekolahnya. Dalam masa beberapa hari pasukan siap dibentuk secara ala kadar. Dengan matlamat "asal jangan malu sudahlah", kami bakal mengharung perlawanan yang dijadual berlangsung petang esok.
Paling penting matlamat untuk enjoy dah tercapai. Benar-benar terasa leganya. Tak sanggup rasanya mengikuti perkembagan semasa yang berlaku. Benar-benar menyesakkan dada. Tidak cukup dengan tekanan kerja sebelah siang, malamnya bengang pula dengan sikap segelintir pemain-pemain politik tanah air yang tak sudah-sudah bercakaran.
Petang ini hati yang sakit menjadi tenang. Tenang melihat riuh di padang.
Ulasan