"Doa apa yang sepatutnya dibaca dalam khutbah kedua?" Tanya seorang teman.
"Minta diampunkan seluruh kaum muslimin dan muslimat." Pertanyaan dijawab.
Ada hadis mengenainya. Riwayat dari Samurah bin Jundub,
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يستغفر للمؤمنين والمؤمنات كل جمعة
Maksudnya, Nabi biasa memohon keampunan bagi Mukminin dan Mukminat pada setiap kali Jumaat. (Riwayat Bazzar)
Tapi sanad hadis ini lemah. Disisi Mazhab Syafie ia dijadikan rukun khutbah.
"Kalau setakat minta ampun saja, sebab apa panjang sangat." Tanya dia lagi.
Bab tu susah nak cakap. Ini memang dah perangai orang kita. Benda yang tak ada, diada-adakan, benda yang sikit diperbanyakkan. Dimasukkan juga doa supaya kekalkan kerajaan yang memerintah dan sebagainya. Itu belum lagi doa untuk Palestin.
Bila khatib baca doa untuk Palestin, jamaah dah jadi bersemangat. Angkat tangan tinggi-tinggi dan aminkan kuat-kuat. Itu makruh sebenarnya.
Imam Syafie suruh doakan keampunan muslimin dan muslimat saja. Lebih-lebih dia tak suruh pun. Apa salahnya doa tu dibaca dalam qunut nazilah. Maklumkan terlebih dahulu kepada makmum ada qunut nazilah dalam rakaat kedua dan terangkan sunnahnya dibaca di waktu umat Islam ditimpa bencana.
Eeemmmm..................... Masih ada yang perihatin.
Ulasan