Langkau ke kandungan utama

Hang Tua VS Hang Hebat

Hang Tua : Hei Hebat, turun kau!

Hang Hebat : Kau Tua? Apa kau buat kat sini? Setahu aku kau sudah dibuang oleh rakyat yang meluat dengan tingkahmu.

Hang Tua : Ya, aku datang Hebat. Aku datang bawa perintah Baginda Sultan.

Hang Hebat : Perintah apa?

Hang Tua : Baginda Sultan menitahkan kau supaya mengosongkan pejabat mu.

Hang Hebat : Masakan boleh Tua. Kedudukan aku di sini adalah amanah rakyat. Rakyat mahu aku kekal di sini. Kau lihat di belakang sana. Jutaan rakyat terus-terusan menyokong aku. Kalau kau rampas juga bermakna kau menzalimi rakyat. Kau zalim Tua.

Hang Tua : Aku peduli apa. Ini titah Sultan. Mana lebih penting kuasa rakyat atau kuasa Sultan. Ha! Ha! Ha!

Hang Hebat : Tidak sama sekali. Tetap ku pertahankan kerana ini satu AMANAH.

Hang Tua : Kalau kau tak mau keluar, aku akan masuk. Wahai khadam berbaju merah, bersedialah untuk merempuh masuk.

Khadam berbaju merah : Kami bersedia!!!

Dengan ganasnya Hang Tua dan khadam berbaju merah merempuh benteng yang dibina dari tubuh rakyat. Akhirnya Hang Hebat berhasil dihalau dengan tindakan yang paling tidak bermaruah. Maka tersengihlah Hang Tua duduk di atas kerusi empuk idamannya. Beliau puas walaupun namanya bakal tercatat dalam sejarah yang ditulis dengan lumpur paling hitam yang sangat hina.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Bukan hanya nama ditulis dengan lumpur paling hitam, hati mereka tu memang dah sedia HITAM!!!
Tanpa Nama berkata…
patut nama mereka2 tu di tulis dengan najis babi

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...