Panas! Memang panas. Ini bukan panas politik di Perak, tetapi panasnya cuaca. Bahangnya mencucuk-cucuk kepala.
Kering. Daun-daun getah bertaburan di jalanan. Sebatang sungai yang merentang jalan ke sekolah jadi kering airnya. Cukup mentafsirkan suasana panas yang dihadapi.
Seorang guru yang kerjanya di bilik darjah tanpa penghawa dingin bermandi peluh seharian. Petang pula di tengah padang tanpa bumbung pelindung. Walaupun jam sudah 5 petang, matahari masih terasa seperti di atas kepala. Kalau tak kuat mahu pengsan dibuatnya.
Terbaru arahan diterima supaya semua aktiviti permainan dan sukan sama ada peringkat sekolah, zon, daerah atau negeri dilaksanakan pada waktu petang. Lagi tambah panas!!! Bayangkanlah perlawanan bola sepak bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 7. Kalau tak sempat habis, di sambung pada keesokan harinya pada waktu yang sama. Bukan bola sepak sahaja tapi semua jenis permainan.
Awal-awal lagi saya sudah surrender. Menarik diri dari kejohanan bola sepak peringkat zon sekiranya ia tetap diadakan pada waktu petang. Biarpun ramai murid saya berbakat dan berpeluang untuk mendapat kedudukan terbaik seperti tahun-tahun yang lalu, namun arahan dari pihak atasan ini saya anggap sangat tidak wajar lalu keputusan ini merupakan protes. Justeru sekiranya selepas ini sukan menjadi lesu di peringkat persekolahan, salahnya adalah mereka yang berada di atas sana.
Sungguh mereka tidak memikirkan jerih perit orang bawahan lantaran enaknya duduk di atas kerusi empuk dirembes udara nyaman penghawa dingin.
Ulasan
Bola jaring, bolasepak, olahraga, catur peringkat zon, petang juga.