Langkau ke kandungan utama

Tak kisah atau suka

Satu hari di bilik guru. Suasana riuh dengan perbincangan non formalnya.

Cikgu Salmah : Suami saya tak kisah pun kalau saya tak masak. Bukan saja hari sekolah, hari cuti pun macam tu juga. Beli bungkus saja. Tapi sesekali kena la masak.

Cikgu Aini : Suami saya pun. Ajak makan kat keluar tiap-tiap malam pun dia tak kata apa.

Sambil cikgu-cikgu lain menyahut dengan nada yang hampir sama. Masing-masing memuji sikap tidak kisah suami mengenai makan minum di rumah. Inilah sikap terpuji isteri mithali yang melihat kebaikan pada suaminya sahaja. Seorang isteri atau suami wajar melihat pasangan merekalah yang terbaik sebagai tanda bersyukur di atas kurniaan Allah dalam urusan jodoh mereka.

Cikgu Hamzah : Suami cikgu-cikgu tu tak kisah ka atau memang mereka suka? Tak kisah makan kat luar atau memang suka makan kat luar. Tak kisah cikgu tak masak atau memang suka kalau cikgu tak masak.

Bilik guru kembali sepi. Masing-masing bermuhasabah. Dengan rasa bersalah Cikgu Hamzah perlahan meninggalkan bilik guru menuju ke perpustakaan.

Cikgu Hamzah (berkata dalam hati) : Silapkah aku kata macam tu?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cikgu hamzah, betoi sangat2 kata2 cikgu tu, mmg cikgu pandai dan byk pengalaman, org pompuan ni kadang2 bukan depa cerdik sgt, walaupun depa tu cikgu, maaf ya cikgu pompuan,

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...