“Paderi masuk Islam dia cerita. Ramai orang Islam yang murtad tak cerita pun.” Kata kawan saya yang juga seorang Ustaz J-QAF. Dia terbaca berita dalam satu ruangan akhbar Utusan Malaysia mengenai seorang paderi di Rusia yang memeluk Islam. Ini satu lagi contoh orang yang suka meletakkan Islam sebagai agama yang dilanda masalah.
Tentu ramai yang masih ingat hebohnya berita puluhan ribu orang Islam di Malaysia yang telah murtad. Dan tentu ramai yang masih ingat siapakah yang mengetuai pendedahan berita yang sampai hari ini masih belum disahkan. Kalau perlu diingatkan, beliaulah Mufti Perak. Sehingga timbul polemik bila Mufti Perlis ketika itu mempertikaikan kesahihannya. Apa lagi, Mufti Perlis disembur bermacam kata nista.
Bukan senang nak tuduh orang murtad. Bukan senang juga nak isytiharkan seseorang itu murtad. Melainkan orang itu sendiri mengisytiharkan dirinya murtad. Dan sudah tentu bukan senang nak memastikan jumlah orang yang murtad sebenarnya. Dari manakah sumber yang mengatakan orang Islam ramai yang murtad. Memang ada sebelum ini individu-individu tertentu yng mengaku murtad tetapi jumlahnya sangat kecil. Bukan bermaksud perkara seperti ini patut ini dibiarkan. Tetapi dengan mendedahkannya secara keterlaluan termasuk menyebarkan data yang tidak tepat sebenarnya merugikan umat Islam. Islam akan dipandang lekeh sebagai agama yang tidak langsung menarik minat penganutnya sendiri.
Kita ambil contoh parti politik. Parti mana yang mahu mendakwa ramai ahlinya telah meninggalkan parti. Sebaliknya mereka lebih menguar-uarkan kemasukan ahli parti lawan ke dalam parti mereka sebagai makluman bahawa parti mereka semakin kuat. Begitu kalau ada orang Islam yang memilih untuk murtad, buat apa kita nak heboh. Ambil tindakan senyap-senyap. Sebaliknya kalau ada saudara baru yang memeluk Islam kita hebohkan seluruh dunia, lebih-lebih lagi saudara baru yang memang hebat peribadinya atau kerjayanya. Barulah dunia melihat kehebatan dan kewibawaan Islam sebagai alternatif kepada masyarakat dunia.
Dari sumber-sumber yang kita baca terutama dari laman web Islam Online kita mendapat maklumat sejak peristiwa 9/11, masyarakat barat begitu tertarik untuk mengetahui perihal Islam dan ramai yang memeluk Islam hasil penelitian mereka ke atas Islam. Dan kalau paderi pun memeluk Islam, tiada lafaz yang patut kita ucapkan melainkan......... ALHAMDULILLAH.

p/s: sori la ustad! memang dok cadang nak jawab komen ustad tu kat kantin tadi. Tapi ada member lain potong cakap dan masuk tajuk lain pula.
Ulasan