Langkau ke kandungan utama

Derhaka Tun Perak

Murka sungguh Sultan hari itu. Laksamana kesayangan telah berbuat onar di istana. Pantas hukuman dijatuhkan. Hang Tuah mesti dibunuh. Kesalahannya bukan kecil. Kepada Tun Perak, tanggungjawab diserahkan buat mencuci arang yang terconteng.

Kesetiaan Hang Tuah terserlah. Tidak membantah bahkan menyerah. Tidak hiba malah berbangga. Sedia menjadi korban demi kesetiaan. Hang Tuah dibawa Tun Perak ke tempat hukuman. Kebencian Sultan benar membara. Tiada lagi pada Baginda simpati dan kasihan.

Rupanya Tun Perak ada rancangan. Hang Tuah tidak dibunuh tetapi disembunyikan. Tun Perak dah ingkar perintah Sultan. Tun Perak menderhaka kerana tak ikut arahan. Hang Tuah disembunyi tanpa pengetahuan Sultan. Tun Perak yakin padanya kebenaran. Hang Tuah mangsa pembesar berhati setan. Dengkikan Hang Tuah fitnah dilontarkan.

Tun Perak ke istana menyampai khabar. Sultan senyum melebar. Lagi lebar senyumnya musuh sebenar.

Tindakan Tun Perak dikatakan bijaksana. Inilah seperti yang kita baca dalam buku dan diceritakan di mana-mana. Sebenarnya itu kerja derhaka. Mesti di saman jangan diberi muka. Tun Perak bukan sahaja menderhaka, malah tidak pernah sembah mohon derhaka.

Tapi sejarah tetap sejarah. Tun Perak yang menderhaka dijulang tinggi sebagai Bendahara paling bijak, berwibawa, berpengaruh dan setia kepada raja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...