Langkau ke kandungan utama

Lagi cerita budak-budak.

Asal ada penamaan calon untuk pilihanraya kecil, akan ada pergaduhan. Asal bergaduh saja, penyokong BN yang jadi mangsa, manakala penyokong lawannya pemangsa. Bukan baru malah sejak dulu. Itu seperti yang diceritakan surat khabar. Siap disindir-sindir pula dalam ruangan kartun. Atau laporan itu memangnya bersifat kartun. Bersifat kartun maknanya laporan bersifat kebudak-budakan. Orang yang mengadu kena serang jadi kebudak-budakan, yang melapor berita pun kebudak-budakan dan yang membaca berita dan percaya dengan berita yang dibacanya lagi kebudak-budakan.

Macam mana pula dua penyokong boleh bertembung, kecuali disengajakan. Dalam semua pilihanraya baik kecil atau umum, pihak polis telah menyediakan laluan untuk penyokong masing-masing. Yang jadi masalah seperti yang diakui sendiri oleh Pengerusi Mat Rempit UMNO, dia ditumbuk ketika berjalan di hadapan kumpulan penyokong pembangkang. Itu dah kes sengaja cari pasal. Lagi pun belum tentu kerja buat penyokong PR. Boleh jadi orang sendiri punya kerja. Maklumlah, orang duit banyak, upah saja kerja pun jalan.

Kesimpulannya, cerita budak-budak. Jangan percaya. Asal ada pilihanraya kecil, akan ada cerita budak-budak.

Ulasan

Pang5 berkata…
Kerja budak-budak rempit, apa lagi kalau tidak mengacau orang. Dia yang buat bising, dia tuduh orang lain pukul dia.

Dia yang buat bising, orang marah dia, dia marah orang balik.

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...