Langkau ke kandungan utama

Dia tertelan duit syiling

Gempak sungguh petang tadi. Tiba-tiba anak ke-4 (Anwar) menjerit dan mengadu tercekik duit syiling. Apa lagi, kelam kabut dibuatnya. Sudahlah sepanjang hari berulang alik sampai tak cukup kaki. Pagi ke sekolah. Jam 10 ke sekolah kakak, tandatangan buku laporan kemajuannya. Jam 1 tengahari ke sekolah pula ambil emak depa. Belum sempat mata terlelap, kakak ipar pula singgah di rumah dalam perjalanan balik dari menghantar anaknya mendaftar di UUM. Sembang punya sembang, jam dah pukul 5 petang. Ke sekolah sekali lagi ambil bebudak balik dari sekolah agama petang. Kepala lutut pun dah terasa semacam. Baru saja nak berlunjur kaki, dah dia buat hal. Bergegas pula kami suami isteri ke hospital.

Sampai di hospital, doktor mengesahkan duit tersebut sudah ada dalam perutnya. Rupa-rupanya ketika dia minum air tadi, duit itu telah tertelan bersama. Walaubagaimanapun, bila dah masuk emergency room terpaksalah kena tahan sementara. Doktor nak pastikan pergerakan duit itu sama ada dapat keluar melalui dubur atau menggunakan cara lain. Cara lain tu agak ngeri sikit bila dengar doktor menerangkannya. Jururawat ada juga bagi petua. Minum air bali beserta bijinya sekali. Insya Allah, moga dipermudahkan.

Letih sungguh. Bolehkah nak berjaga tengok bola ni.?

Ulasan

Rusydah Nordin :) berkata…
da keluar ke belum duit tu ?

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed