Tulisan ini merujuk kepada kes seorang pelajar sekolah pondok yang dipenjarakan selama dua hari setelah didapati bersalah oleh mahkamah kerana menunggang motosikal dengan berserban.
Timbul polemik sama ada mewajarkan atau tidak tindakan pelajar tersebut dan perintah mahkamah. Saya baru terbacanya di blog penarik beca. Panas! Walaupun terlambat tapi nak juga bagi respon.
Pakaian dan seni yang berkaitan dengan bangsa Arab jika dilakukan oleh Rasullullah, dikategorikan sebagai sunnah jibillah atau sunnah 'adah(adat) iaitu perjalanan hidup Baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban Baginda. Maksudnya jika Baginda tidak dipilih sebagai Nabi dan Rasul pun Baginda tetap mengamalkannya. Contohnya, memakai jubah dan serban, suka makan labu dan daging kambing khususnya di bahagian paha. Perkara-perkara ini telah diamalkan dan menjadi kesukaan Baginda sebelum dilantik menjadi Rasul lagi.
Golongan musyrikin pun melakukan perkara yang sama atas faktor mereka adalah bangsa Arab.
Selagi tiada nas yang sahih memerintahkan umat mengikutnya, maka sunnah ini menurut pendapat sebahagian ulama ia adalah harus. Al-Imam Abu Syamah al-Maqdisi (wafat 665H) dalam kitabnya, al-Muhaqqiq Min 'Ilm al-Usul Fima Yata'allaq bi Af'al al-Rasul, dibolehkan sesiapa ingin memakainya dan diharuskan pula meninggalkannya.
Kesimpulannya, lihat kepada keutamaan. Naik motor pakai serban ka atau pakai topi keledar. Kena baca Fiqh al-Aulawiyatlah pula.
Ulasan